Cover image for Kajian keperluan dan perletakan perkhidmatan perdagangan bagi pusat bandar Masjid Tanah, Melaka
Title:
Kajian keperluan dan perletakan perkhidmatan perdagangan bagi pusat bandar Masjid Tanah, Melaka
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3823 ra
Abstract:
Penyediaan perkhidmatan perdagangan adalah salah satu fungsi penting yang dimainkan oleh sesebuah pusat bandar. Terletak dalam hiraki mana sekalipun, sesebuah pusat bandar itu seharusnya menyediakan perkhidmatan ini untuk memenuhi keperluan penduduk-penduduk tadahannya. Penyediaan perkhidmatan ini dari segi bilangan serta jenis-jenisnya, adalah berbeza diantara satu pusat dengan satu pusat yang lain. Walaupun mereka mungkin terletak dalam hiraki yang sama. Sebenarnya penyediaan perkhidmatan ini bergantung pada berbagai faktor seperti bilangan penduduk tadahannya, tingkat pendapatan mereka, jumlah pendapatan yang dibelanjakan (disposable income), serta corak perbelanjaan mereka. Kenaikan taraf sesebuah pusat itu kepada hiraki yang lebih tinggi akan melibatkan pengembangan fungsi yang akan dimainkan oleh pusat tersebut dan termasuklah fungsi dalam penyediaan perkhidmatan perdagangannya. Ini adalah kerana dengan kenaikan taraf sesuatu pusat itu bermakna tadahannya akan bertambah dan dengan pertambahan ini sudah tentu akan memerlukan perkhidmatan yang lebih banyak dan berbagai; lebih-lebih lagi jika penduduk tadahan itu dijangka akan mempunyai tingkat ekonomi yang lebih tinggi yang mana ini akan membolehkan mereka mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi juga. Adalah menjadi tujuan kajian ini untuk cuba menentukan keperluan perkhidmatan perdagangan bagi salah sebuah pusat dalam Negeri Melaka yang terlibat dalam rangkaian hiraki pusat-pusat seperti yang dicadangkan oleh strategi pembangunan Negeri melaka. Pusat bandar yang dimaksudkan itu ialah Pusat Bandar Masjid Tanah yang buat masa ini adalah sebuah pusat tempatan utama tetapi akan dinaikkan tarafnya kepada pusat sub-wilayah mengikut cadangan hiraki pusat-pusat bandar pada masa depan. Berbagai faktor-faktor penentu diambil kira dalam unjuran perdagangan ini yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pekedaian, pemborongan dan pejabat-pejabat swasta. Antara faktor-faktor yang diambil kira adalah seperti nilai 'turnover' jenis-jenis perdagangan ini, yang mana hanya dapat ditentukan berdasarkan bilangan isirumah, tingakt pendapatan mereka serta corak pendapatan mereka. Dengan jumlah keluasan luas lantai perdagangan yang diperlukan sehingga tahun 2000 bagi tiap-tiap jangka masa lima tahun ditentukan, kajian ini cuba pula menentupastikan kawasan yang difikirkan sesuai dan berpotensi untuk penempatan kawasan perdagangan tambahan yang dimaksudkan itu.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002673 HT169.M32 M38 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002413056 HT169.M32 M38 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order