Cover image for Peruntukan kawasan penjaja di Komplek pekerjaan, kajian kes : kawasan penjaja di Jalan Young
Title:
Peruntukan kawasan penjaja di Komplek pekerjaan, kajian kes : kawasan penjaja di Jalan Young
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 5011 ra
Abstract:
Masalah penjaja adalah satu dari banyak masalah yang di hadapi oleh kebanyakkan bandar di Asia Tenggara. Sehingga kini, pihak pentadbir perbandaran telah membuat bermacam cadangan untuk mendapatkan cara yang berkesan untuk memerangi masalah ini. Perancangan fizikal telah terbukti berhasil didalam banyak kes dalam menyelesaikan masalah perbandaran - sosial, sosio-ekonomik, ekonomik dan fizikal. Untuk itu, perancangan fizikal boleh digunakan sebagai alat bagi menstabilkan keadaan alam sekitar perbandaran. Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari masalah ini. Jumlah penjajanya dalam tahun 1975 ialah 10,060 orang. Nisbah penjaja tiap-tiap 100 orang ialah 1:89. Ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu bandaraya yang mempunyai nisbah penjaja paling tinggi dibandingkan dengan lain-lain kota di Asia Tenggara. Pada akhir tahun 1979. bilangan penjaja bertambah kepada 14,352 orang dan bilangan ini tetap bertambah. Pertambahan begini mengancam pembangunan bandaraya terutamanya dalam persaingan mendapatkan tempat dalam kawasan di bandaraya. Walau bagaimanapun jika dirancang, unit penjaja boleh ditempatkan di mana-mana tanpa menghadapi persaingan untuk mendapatkan tanah. Unit penjaja adalah 'flexible' dalam mana ia boleh ditempatkan di ruang yang mengufuk atau menegak. Peruntukan kawasan penjaja di dalam kawasan perbandaran memerlukan piawaian perancangan. Kegagalan mendapatkan piawaian perancangan, pihak berkuasa bandaraya tidak dapat mengintegrasikan sektor informil ini dalam kawasan perbandaran. Memperuntukan kawasan penjaja di komplek perniagaan telah dikuatkuasakan sebagai salah satu syarat pembangunan. Walau bagaimanapun peruntukan ruang yang cukup adalah perlu untuk mengelakkan dari pembinaan kawasan perdagangan yang tidak ekonomik. Peruntukan keluasan yang tidak seimbang akan menjejaskan pemaju dan penjaja sendiri. Oleh itu perancangan yang teliti dengan piawaian perancangan yang tepat adalah penting supaya kedua-dua pihak menikmati faedah ekonomi yang maksima. Keperluan ini juga dirasakan oleh penjaja makanan dikomplek pekerjaan, juga lain-lain penjaja di lain-lain tempat. Usaha mencari satu piawaian perancangan bagi peruntukan kawasan penjaja di komplek pekerjaan ini akan membuka jalan kepada penyelesaian masalah ini.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003130 HF5459.M3 H35 1981 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003224 HF5459.M3 H35 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order