Cover image for Cadangan rekabentuk bangunan terminal untuk lapangan terbang Pulau Langkawi, Kedah
Title:
Cadangan rekabentuk bangunan terminal untuk lapangan terbang Pulau Langkawi, Kedah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 4101 ra
Abstract:
Sistem pengangkutan udara adalah satu 'mode' pengangkutan yang paling cepat dan penting dalam perhubungan di antara negeri-negeri di Malaysia dan dengan negeri-negeri lain di dunia ini. Ia memainkan peranan yang penting dalam bidang ekonomi, sosial dan industri pelancungan. Sejak penerbangan mula sekali ke Kuala Lumpur pada tahun 1929 ia terus berkembang ke hari ini. Salah satu daripada padang terbang (airfield) luar bandar di Malaysia menghadapi perkembangan dan peningkatan kemudahan-kemudahan yang sedia ada ialah Pulau Langkawi. Industri pelancongan di Pulau tersebut telah berkembang dengan pesatnya. Ini mengakibatkan padang terbang yang sedia ada tidak dapat memenuhi penambahan keperluan ini. Satu bangunan terminal yang lebih lengkap dan 'apron' perletakan kapalterbang baru dicadangkan. Tesis ini bercadang merekabentuk sebuah bangunan terminal yang berkaitan di Pulau Langkawi. Tapak cadangan untuk lapangan terbang terletak di Pantai Barat Pulau Langkawi lebih kurang 12 km dari Kampung Kuah dan 1 km dari Kampung Padang Matsirat. Jalan ekses ke tapak lapangan terbang adalah melalui Timur Laut jalan yang kedua ke Kampong Temoyong di Selatan selaras dengan paksi Timur Laut dan Barat Daya. Disekeliling tapak adalah rumah kampung tradisional dan sawah padi. Suasana aman dan damai lazim terhadap disitu. Rekabentuk terminal telah mengambilkira dua isu asas. Isu pertama ialah terminal penumpang tersebut mesti tidak bercanggah dengan konteksnya iaitu alam sekitar, sejarah dan penduduk-penduduk sekelilingnya. Isu yang kedua ialah lapangan terbang antarabangsa tidak sesuai untuk pulau ini kerana lokasinya berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dari segi aspek fizikal, cadangan rekabentuk bangunan terminal mencerminkan senibina dan juga sosio-budaya pulau tersebut. Aspek rekabentuk klimatik juga ditekankan supaya elemen-elemen semula jadi seperti angin, cahaya matahari dapat digunakan dengan sepenuhnya sebagai tenaga pasif alternatif. Rekabentuk dari segi fungsi meliputi aspek seperti konsep terminal, sistem lapangan terbang dan pengaliran penumpang/bagej. Dari segi teknikal pula, pengawalan masalah kebisingan dikaji supaya ia tidak bertentangan dengan konsep pengudaraan alam semulajadi. Landskap telah digabungkan dengan senibina begitu rapanya supaya pencapaian integrasi ruang luar dan dalam adalah ketara. Sebagai kesimpulan, rekabentuk terminal hanya berfungsi sebagai satu 'medium' untuk menguji senibina tempatan yang sesuai di iklim tropika. Anologi bangunan sebagai sebuah 'tapestery' yang menganyamkan ruang terbuka, ruang separuh buka dan ruang tertutup di iklim tempatan adalah dengan berjayanya objektif tesis yang ingin dicapai.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000004387 NA6305.M32 P85 1988 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002688 NA6305.M32 P85 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order