Cover image for Sistem maklumat tarif kastam Ibu Pejabat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
Title:
Sistem maklumat tarif kastam Ibu Pejabat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1992
General Note:
p [DPeminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaji [Da : MFL 8217 ra
Abstract:
Unit Tarif, Cawangan Tarif & Perjenisan, Ibu Pejabat jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia merupakan pusat maklumat-maklumat berkaitan dengan tarif kastam. Unit ini juga menjalankan tugas menyedia pindaan-pindaan ke atas tarif kastam dan lain-lain hal seperti larangan import dan eksport. Oleh itu adalah tidak menghairankan salah satu fungsi yang penting di Unit ini ialah melayan pertanyaan orang awam berkaitan dengan perkara-perkara ini. Malah stesen-stesen kastam juga sering bertanya Unit ini untuk memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pindaan-pindaan tarif kastam dan larangan import dan eksport. Maka adalah penting sekali kesemua maklumat berkaitan dengan tarif kastam seperti kadar-kadar cukai yang sedang berkuatkuasa dan maklumat berkaitan dengan larangan import dan ;eksport diselenggara secara sistematik dan kemaskini untuk menyenangkan rujukan dan memastikan maklumat yang diberi kepada pihak yang bertanya adalah tepat sekali. Hasil kajian yang dijalankan terhadap sistem yang diamalkan sekarang menunjukkan maklumat tarif ini didapati tidak diselenggara secara sistematik. Hal ini bukan sahaja menyulitkan rujukan tetapi melambatkan pencapaian maklumat. Oleh yang demikian adalah wajar sekali satu sistem maklumat secara berkomputer dibangun untuk memperbaiki sistem manual sekarang. Sistem yang dibangunkan iaitu 'Sistem Maklumat Tarif Kastam' merupakan satu sistem yang dapat memenuhi keperluan asas dari segi penyenggaraan maklumat tarif kastam. Di samping itu sistem diperluaskan untuk merangkumi juga maklumat berkaitan dengan larangan import dan eksport. Sistem dapat menambah rekod baru, mengemaskini rekod dan menghapus rekod. Selain dari itu, sistem juga dapat menjawap pertanyaan-pertanyaan berkaitan dengan tarif kastam dan larangan import dan eksport melalui fungsi paparan maklumat. Akhir sekali, sistem juga dapat mengeluarkan laporan-laporan berkaitan dengan senarai barang-barang yang mana tertakluk kepada duti import/cukai jualan yang tertentu. Adalah dirasai jenis laporan seperti ini dapat membantu Unit dalam kajian-kajian berkaitan dengan struktur duti import/cukai jualan barangan yang mana dilakukan secara ad-hoc apabila diperlukan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Lanjutan Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002554222 HF2340.6.Z8 C44 1992 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order