Cover image for Kajian kekesanan konsep kejiranan bandar di Malaysia. Kajian kes di Seksyen 17, Petaling Jaya
Title:
Kajian kekesanan konsep kejiranan bandar di Malaysia. Kajian kes di Seksyen 17, Petaling Jaya
Personal Author:
Abstract:
Perumahan merupakan elemen penting terutama di kawasan bandar dan ia merupakan tapak asas kearah pembentukkan komuniti yang dinamik. Walaubagaimanapun perancangannya masakini kurang menitikberatkan faktor sosio-saikologikal penduduk tetapi lebih mementingkan faktor ekonomi. Ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial di kalangan masyarakat. Dalam kontek ini' idea perancangan fizikal yang dikemukakan olih Clarence A. Perry yang dinamakan 'Konsep Kejiranan' telah digunakan untuk cuba mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dikalangan penduduk-penduduk di bandar. Unit Seksyen 17 dibandar Petaling Jaya telah dipilih sebagai kawasan kes kajian dimana bandar ini merupakan satu-satunya bandar yang dirancangkan dengan menggunakan falsafah asas konsep ini di Malaysia. Berdasarkan matlamat asasnya, kajian kekesanan dijalankan tetapi didapati bahawa tapak kajian tidak berjaya didalam mewujudkan suatu masyarakat yang berhubung rapa dan berintegrasi dimana tiadanya wujud semangat kejiranan yang diinginkan. Diantara faktor-faktor penyebab ialah perancangannya yang tidak menitikberatkan pengaruh faktor-faktor sosial, ekonomi, budaya dan saikologikal selain daripada faktor fizikal. Satu garispanduan perancangan yang lebih sistematik dicadangkan diperingkat unit kejiranan dan juga pertaliannya dengan kawasan sekitar. Ia melibatkan perancangan rekabentuk fizikal, perletakkan kemudahan sebagai faktor penggerak,jarak, saiz penduduk serta faktor estetik dan identiti. Disamping itu satu sistem pen.gurusan dicadangkan yang melibatkan pihak-pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran dan Jabatan-Jabatan di Kerajaan Pusat kearah melaksanakan kempen kejiranan untuk mencapai satu organisasi komuniti yang harmoni dan dinamik.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003889 HT153.R63 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003462 HT153.R63 1983 n2 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order