Cover image for Analisa pembangunan semula premis terkawal di Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang
Title:
Analisa pembangunan semula premis terkawal di Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8877 ra
Abstract:
Kajian awal yang dijalankan menunjukkan negeri Pulau Pinang mempunyai bilangan peremis terkawal yang paling banyak iaitu kira-kira 12,000 unit. Walaupun kebanyakan premis tersebut adalah terletak dalam kawasan Bandaraya Georgetown yang merupakan pusat tumpuan aktiviti perniagaan, tiada terdapat usaha yang giat untuk membangunkan semula premis terkawal berkenaann yang telah dilihatan usang, buruk dan boleh dianggap tidak sesuai untuk diduduki lagi. Oleh itu, disini satu kajian akan dilaksanakan bagi mengenalpasti tempoh masa dan kos-kos pembangunan semula yang diperlukan bagi membangunkan semula premis-premis terkawal di kawasan kajian. Objektif kedua kajian ini ialah unutk mengenalpasti daripada kacamata pemaju-pemaju harta tanah tentang darjah kepentingan kos-kos pembangunan semula premis terkawal di kawasan berkenaan. Kaedah-kaedah penganalisaan mod, min, analisa kepekaan dan ' Multidimensional Scaling Analysis' (MDS) telah digunapakai bagi menjadikan hasil penganalisaan kajian lebih objektif. Sebagai kesimpulannya didapati bahawa bagi mendapatkan kebenaran merancang, kelulusan pelan bangunan dan mendapatkan semula milikan premis terkawal untuk maksud pembangunan semula memakan masa yang agak panjang berbanding dengan projek pembangunan premis bukan terkawal sebelum projek tersebut dapat dimulakan. Kos-kos pembangunan yang mempunyai ddarjah klepekaan yang tinggi termasuklah kos bantunan, kos tanah, kos pinjaman dan faedah atas pinjaman seta kos untuk dapatkan semula milikan premis terkawal. Sementara itu, kos-kos utama pembangunan semula yang mempunyai darjah kepentingan yang tinggi dari akca mata pemaju-pemaju harta tanah di kawasan kajian kajian ialah kos untuk mendapatkan semula ilikan premis, kos tanah, kos infrastruktur dan kerja luar dan kos bangunan. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas merupakan perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan teliti oleh pihak pemaju harta tanah atau tuan tanah yang ingin membengunkan semula mana-mana premis terkawal di Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003107491 HT178.M32 P89 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order