Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Konflik pejalan kaki dengan lalulintas satu tinjauan di pusat bandar Seremban
Title:
Konflik pejalan kaki dengan lalulintas satu tinjauan di pusat bandar Seremban
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7808 ra
Abstract:
Bandar-bandar di Malaysia semakin pesat membangun tidak kira dari segi ekonomi, fizikal dan sosial. Pusat Bandar Seremban merupakan salah satu contoh pusat bandar yang semakin pesat membangun. Sebagai ibu negeri bagi Negeri Sembilan, ianya merupakan pusat utama bagi kegiatan pentadbiran, perdagangandan sebagainya. Oleh itu ia merupakan pusat tumpuan bagi penduduk-penduduk disekitarnya dan secara tidak langsung timbul berbagai masalah terutamanya masalah lalulintas. Konflik pejalan kaki dengan lalulintas merupakan masalah yang semakin meruncing di Pusat Bandar Seremban. Ini kerana perancangan pusat bandar pada masa ini yang lebih cenderung memberi keutamaan kepada kenderaan berbanding dengan pejalan kaki. Oleh itu adalah penting dijalankan satu kajian untuk mengetahui tahap konflik ini di Pusat Bandar Seremban di samping mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah ini dan kesannya kepada pengguna-pengguna bandar. Dalam kajian konflik pejalan kaki dengan lalulintas ini, beberapa aspek kajian telah dijalankan iaitu kajian gunatanah, kajian pejalan kaki dan kajian lalulintas bermotor. Hasil kajian ini menunjukkan di antara beberapa faktor utama berlakunya masalah ini ialah ketidaksesuaian perletakan gunatanah, tiada laluan pejalan kaki dan tarikan aktiviti informal. Kesan yang timbul daripada konflik ini ialah kesesakan dan keselamatan pengguna-pengguna bandar yang kurang terjamin. Seterusnya berdasarkan kajian teoritikal dan analisis tapak, langkah-langkah penyelesaian bagi konflik pejalan kaki dengan lalulintas ini dibentuk untuk dijadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan terutamanya di Pusat Bandar Seremban.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003047 HE336.P43 S32 1992 Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001440647 HE336.P43 S32 1992 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page