Cover image for Ciri-ciri kejiranan di kampung kampung dalam bandar : kajian kes : Kampung Kurnia dan Kampung Kangkar Teberau
Title:
Ciri-ciri kejiranan di kampung kampung dalam bandar : kajian kes : Kampung Kurnia dan Kampung Kangkar Teberau
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7914 ra
Abstract:
Perumahan merupakan salah satudaripada komponen gunatanah bandar yang terpenting. Ianya juga dipanggil komponen "socio-physical environment" yang utama.Perancangan perumahan yang dinamik memerlukan penekanan dalam aspek fizikal dan sosial. Kedua-dua aspek adalah saling berkaitan dan merupakan faktor pergerak dalam mewujudkan kejiranan. Kawasan perumahan terancang kini telah cuba menerapkan konsep kejiranan dalam pembangunannya di Malaysia. Tetapi konsep yang digunakan ini tidak diketahui kesesuaiannya. Berdasarkan fenomena ini pengkaji telah menjalankan kajian bagi mengenal pasti ciri-ciri kejiranan yang berunsurkan tempatan. Dalam kontek ini kampung-kampung dalam bandar iaitu Kampung Kurnia dan Kampung Kangkar Teberau telah dipilih sebagai kes kajian. Analisa telah dijalankan keatas beberapa aspek seperti tatatur kawasan, kemudian awam interaksi sosial dan juga persepsi penduduk. Kajiantelah mendapati terdapat beberapa unsur kejiranan yang mempunyai persamaan dengan prinsip kejiranan yang telah dibincangkan dalam kajian teoritikal. Melalui analisa keatas tatatur kawasan, kajian mendapati terdapat juga unsur pemusatan kemudahan. Jenis-jenis kemudahan yang terdapat di sini terbahagi kepada 2 iaitu kemudahan yang dipusatkan dan diselerakkan. Melalui analisa keatas kekerapan pengunaan kemudahan, lokasi dan juga tempat interaksi berlaku didapati elemen yang menjadi tumpuan adalah masjid. Di samping itu telah dikenalpasti beberapa elemen yang memainkan peranan dalam menjanakan kejiranan seperti sistem sirkulasi dan rekabentuk luaran rumah. Kajian juga telah menunjukkan jarak yang paling sesuai untuk satu pusat tumpuan ialah jejar 0.4 km-0.6km dengan penduduk seramai 2500-3500 orang. DI peringkat akhir kajian satu senarai semakan atau checklist mengenai ciri-ciri kejiranan yang terdapat dikampung-kampung dalam bandar dikemukakan disamping beberapa cadangan mengenai konsep kejiranan seperti keluasan sesuatu unit tersebut dan sebagainya. Melalui ini adalah diharapkan agar ianya dapat difikirkan penggunaannya didalam menjalankan projek-projek perumahan pada masa akan datang.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000057 HT167.M32.J6925 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002088791 HT167.M32.J6925 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order