Cover image for Konsep kendiri dan sikap terhadap komputer di kalangan pelatih Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka
Title:
Konsep kendiri dan sikap terhadap komputer di kalangan pelatih Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Physical Description:
xi, 165 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Dr. Kamal Basha Madarsha

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8229 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengalaman menggunakan komputer sebelum memulakan latihan dikalangan pelatih Maktab perguruan perempuan Melayu, konsep kendiri mereka sebagai pelajar dalam kelas komputer dan sikap mereka terhadapkomputer. seramai 451 orang pelatih perguruan perempuan terlibat dalam kajian ini. Mereka mempunyai pengalaman yang berbeza terhadap penggunaan komputer sebelum memasuki maktab. Kelayakan akademik mereka juga berbeza-beza. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Terjemahan item Skala Konsep Kendiri Sebagai Pelajar Waetjen (SCAL) dan Minndsota Computer Literacy And Awareness Assessment (MCLAA), masing-masing telah digunakan untuk mengkaji konsep kendiri dan sikap terhadap komputer. Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan pengalaman menggunakan komputer yang signifikan (.05) dikalangan responden berdasarkan : a) program latihan perguruan, (b) kelulusan akademik tertinggi, (c) aliran disekolah dan universiti, dan (d) keahlian kelab komputer. Secara keseluruhan, responden mempunyai konsep kendiri sebagai pelajar yang sederhana. Kajian ini juga mendapati perbezaan konsep kendiri yang signifikan (.0.5) berdasarkan : (a) kelulusan akademik tertinggi, dan (b) pengalaman menggunakan komputer di universiti sebelum memasuki maktab. Secara keseluruhan, responden bersikap positif terhadap komputer. Sikap responden terhadap komputer hanya berbeza secara signifikan (0.5) berdasarkan aliran di universiti. Kajian ini seterusnya mendapati terdapat hubungan yang signifikan (0.5) antara konsep kendiri sebagai pelajar dengan sikap terhadapnya komputer. Hubungan tersebut bersifat positif yang sederhana. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan supaya suatu kurikulum mudah lentur untuk pendidikan komputer digunakan di maktab perguruan. Pelatih yang berbeza pengalaman dan pengetahuan tentang komputer, memulakan pendidikan komputer mereka dititik masuk yang berlainan dan mencapai objektif kurikulum yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Sains (Teknologi Pendidikan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002575714 QA76.9.C64 M84 1992 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order