Cover image for Cryptography workbench version 2.0
Title:
Cryptography workbench version 2.0
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7795 ra
Abstract:
Sistem berkomputer Cryptography Workbench Version 2.0 ini dicadangkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat untuk membantu pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Keselamatan Data dan Komputer memahami teknik-teknik bagi pengenkripan dan pendekripan data ataupun maklumat. Maklumat ataupun teks biasa yang dimasukkan akan ditukarkan ke bentuk teks rahsia melalui proses pengenkripan menggunakan algoritma serta kunci yang ditentukan oleh pengguna. Kemudian teks rahsia tersebut boleh ditukarkan semula ke bentuk teks biasa ataupun maklumat asal melalui proses pendekripan menggunakan algoritma serta kunci yang sama. Pertukaran dari teks biasa kepada teks rahsia semasa proses pengenkripan ataupun dari teks rahsia kepada teks biasa semasa proses pendekripan akan dipaparkan pada skrin. Kemudian untuk melihat dan mencetak fail teks biasa ataupun fail teks rahsia juga disediakan di dalam sistem. Di samping itu, infomasi mengenai algoritma pengenkripan dan pendekripan yang diimplemenkan di dalam sistem juga disediakan bagi memudahkan pengguna membuat rujukan terhadap sesuatu algoritma. Perisian ini juga menggunakan teknik-teknik grafik seperti tetingkap, pelbagai warna, bunyi dan animasi mudah. Konsep perantaramuka bergrafik juga ditekankan dalam perisian ini. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan komputer peribadi ALR Business VIESA 386DX, tetikus serasi MicroSoft Mouse dan bahasa pengaturcaraan Turbo Pascal versi 6.0.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001809494 QA76.9.A25 M53 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order