Cover image for Struktur konkrit bertetulang luaran : kelakuan lenturan rasuk
Title:
Struktur konkrit bertetulang luaran : kelakuan lenturan rasuk
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8330 ra
Abstract:
Konkrit Bertetulang Luaran (ERC) merupakan suatu bahan rencam konkrit dan keluli dengan tetulangnya dibentuk dari pelat keluli nipis menjadi sesalur keluli dan konkrit dituang ke dalam sesalur tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai tetulang utma dan tetulang melintang, sesalur keluli juga merupakan acuan kekal kepada konkrit. Objektif kajian ini ialah untuk meneliti pengaruh faktor bahan iaitu gred onkrit dan kuantiti tetulang terhadap kelakuan beban-pesongan rasuk. Empat contoh rasuk ERC telah disediakan dan diiuji dibawah sistem beban dua titik. Setiap daripada contoh rasuk, tersebut menggunakan pelat keluli yang bertebalan 0.8 mm sebagai sesalur atas menakala bebibir bawah terdiri daripada dua pelat yang berlainan tebal iaitu 0.8 mm dan 1.6 mm. Dua kekuatan konkrit iaitu gred 25 dan 40 digunakan. Selain daripada itu, dua contoh rasuk konkrit bertetullang biasa (CRC) dengan kuantiti tetulang tegangan dan gred konkrit yang sama dengan contoh rasuk ERC telah disediakan dan diuji sebagai contoh kawalan kepada contoh rasuk ERC. Berdasarkan keputusan uji kaji, didapati rasuk ERC mempunyai keupayaan ubah bentuk sekurang-kurangnya 2.5 kali lebih tinggi daripada rasuk CRC. Didapati juga kekuatan mukatamad rasuk ERC meningkat dengan pertambahan kuantiti tetulang tegangan dan kekuatan konkrit tidak mempengaruhi kelakuan beban-pesongan rasuk ERC.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002708836 TA683.5.B3 C46 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order