Cover image for UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR  1312/1895
Title:
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR 1312/1895
Physical Description:
xii, 228 pages : illustrations ; 23 cm.
ISBN:
9789674126223
Abstract:
Karya ini merupakan sebahagian dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Implikasi Hubungan Luar Sultan Abu Bakar (1862-1895) terhadap Penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1312(1895). Sebahagian daripada tesis yang dirombak sebagai karya asli ini memberi tujuan untuk kefahaman masyarakat tentang Perlembagaan Johor yang digubal pada tahun 1895 ketika era Johor. Kefahaman terhadap teks undang-undang ini sangat penting memandangkan UTKj merupakan teks perlembagaan bertulis rasmi yang pertama di Tanah Melayu dalam abad ke-19M. Kedudukan sebagai teks tunggal rasmi dalam bentuk sistem ketatanegaraan menjadi asas pengukuran ketamadunan Melayu dalam era tersebut. Selain itu, tujahan karya ini adalah untuk menyelesaikan kontradiksi dapatan kajian lalu tentang sumber rujukan penggubalan teks ini. Buku ini sesuai dimiliki oleh pelajar, orang awam, ahli akademik dan mana-mana individu yang terlibat lansung dengan cabaran pembangunan negara, pemasalahan ketatanegaraan dan perkembangan peradaban Melayu. Selain itu, individu yang terlibat dalam bidang politik, undang-undang serta sejarah dan ketamadunan wajar memiliki buku ini sebagai satu asas penting disiplin yang diikuti. Walaupun begitu, individu diluar bidang turut digalakkan membacanya, sementelahan karya ini merupakan garapan asas pada memahami teks perlembagaan berdasarkan pelbagai sudut dalam meneliti undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1312 (1895).

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
35000000000405 KPG7506.3 H36 2018 Reference Book 1:BOOKREF
Searching...

On Order