Cover image for Penggunaan Silpa-Sastra dalam perancangan tapak : kajian kes : kawasan kediaman kedai dan kuil
Title:
Penggunaan Silpa-Sastra dalam perancangan tapak : kajian kes : kawasan kediaman kedai dan kuil
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1989
General Note:
Latihan Ilmiah (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989
Abstract:
Sebelum kedatangan sains dan teknologi moden masyarakat dunia mempunyai ideologi dan tanggapan yang berbeza keatas alam semulajadi. Begitu juga mereka mempunyai konsep tertentu dalam menentu senibina dan perancangan sesuatu pembangunan; terutamanya dalam letakan dan hala bangunan yang dianggap aspek penting dalam perancangan tapak. Di India khasnya satu tradisi perancangan dan senibina yang diamalkan sejak tahun 1500 B.C. ialah Silpa-Sastra. Silpa-Sastra adalah kepercayaan normatif yang berdasarkan falsafah 'veda' dalam agama Hindu, yang menganggap alam ini sebagai satu organisme yang kompleks dan bernyawa. Oleh itu setiap elemen dalam alam ini perlu berada diperletakan yang betul supaya alam semesta ini tidak terganggu. Begitu juga manusia perlu tinggal didalam persekitaran yang sesuai bagi menjamin kejayaan hidup dan keselematannya. Sebenarnya tujuan Silpa-Sastra adalah untuk menentukan keadaan sesuai untuk tempat tinggal manusia; misalnya bandar-bandar dizaman Mohenjadaro dan Harappa telah dibina mengikut konsep Silpa-Sastra, dimana kemasyhuran perancangannya masih dikenali oleh masyarakat dunia. Tetapi 3 cara yang sering digunakan dalam menilai tapak; iaitu Panja-Pootha, Vastu-Sastra dan Panjangga. Panja-Pootha adalah elemen-elemen alam sekeliling yang boleh dilihat iaitu api, air, angin, tanah dan langit. Vastu-Sastra (Kompas) adalah bertujuan mengukur dan menentukan arah mengikut kompas, yang menunjukkan 8 arah matangin, 8 dewa yang mengawal setiap arah dan kelebihan setiap arah. Vastu-Sastra dan panja-Pootha adalah 2 aspek yang biasanya diguna serentak dalam menentukan satu tapak yang sesuai untuk pembangunan. Panjangga pula bergantung kepada tarikh lahir dan nasib seseorang individu. Daripada 3 kes kajian yang telah dijalankan didapati ada penganut yang masih mengikuti kepercayaan dan pantang larang ini. Ramai meletakkan kepercayaan ini sebagai salah satu kriteria dalam ketika menentukan rumah untuk dibeli atau disewa. Oleh itu, jika fahaman Silpa-Sastra dapat digabungkan kedalam perancangan tapak, ianya dapat melengkapkan lagi peranan jururancang. Cadangan-cadangan yang dikemukakan meliputi pertimbangan arah, pertimbangan jalan dan bangunan, pertimbangan cerun, bangunan dan gunatanah. Cadangan yang dikemukakan ini telah diubahsuai supaya nilai-nilai Silpa-Sastra dapat diterapkan kedalam perancagan tapak. Diharapkan dengan penerapan perancangan geomantik ini kedalam perancangan tapak maka peranan jururancang akan menjadi lebih efektif.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003386 NA1525 N33 1989 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002935 NA1525 N33 1989 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order