Cover image for Kajian penggunaan dokumen senarai bahan untuk perancangan pembinaan oleh kontraktor
Title:
Kajian penggunaan dokumen senarai bahan untuk perancangan pembinaan oleh kontraktor
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1992
General Note:
Kertas Projek (Sarjana Muda Bangunan) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7702 ra
Abstract:
Perancangan pembinaan merupakan salah satu dari cabang pengurusan projek yang terpenting. Oleh itu ianya perlu diambil kira oleh pihak pengurusan di tapak bina. Perancangan pembinaan akan menjadi panduan kepada pembinaan yang akan dilakukan agar ianya menepati kehendak masa dan kos pembinaan. Penyediaan perancangan pembinaan memerlukan maklumat-maklumat tertentu. Antara sumber maklumat yang dibekalkan oleh pihak klien kepada kontraktor yang membolehkan perancangan pembinaan disediakan ialah dokumen senarai bahan. Walaubagaimana pun keberkesanan dokumen senarai bahan memainkan peranannya sebagai sumber maklumat utama untuk penyediaan perancangan pembinaan sering diragui. Ini kerana kontraktor lebih menganggap bahawa dokumen senarai bahan lebih menumpukan kepada aspek maklumat kos dan kurang dari aspek maklumat perancangan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap penggunaan dokumen senarai bahan untuk perancangan pembinaan. Melalui kajian, talah dapat dikenalpasti bahawa penggunaan dokumen senarai bahan untuk perancangan pembinaan secara umumnya adalah pada tahap penggunaan yang kerap. Manakala dari aspek kandungan dikumen, ianya lebih tertumpu kepada bahagian kandungan lukisan, senarai kuantiti dan senarai kerja awalan. Di mana maklumat perancangan banyak terdapat pada bahagian ini. Namun begitu, maklumat-maklumat perancangan pembinaan yang terdapat di dalam dokumen adalah masih kurang mencukupi dan memuaskan. Dismaping itu kajian ini juga telah mengenalpasti tahap masalah-masalah yang dihadapi terhadap penggunaan dokumen senarai bahan untuk perancangan pembinaan. Seterusnya dikemukakan cadangan-cadangan penyelesaian untuk memberi lebih keberkesanan penggunaan dikumen senarai bahan untuk perancangan pembinaan.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001679 HD9715.A2 M631992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001342298 HD9715.A2 M631992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order