Cover image for Kajian tentang persepsi guru-guru terhadap fungsi, personaliti dan kelayakan kaunselor sekolah di Daerah Kota Setar, Kedah Darulaman
Title:
Kajian tentang persepsi guru-guru terhadap fungsi, personaliti dan kelayakan kaunselor sekolah di Daerah Kota Setar, Kedah Darulaman
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8562 ra
Abstract:
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah mendapat perhatian yang meluas sebagai salah satu perkhidmatan yang penting dan telah pun diwajibkan terutamanya di sekolah-sekolah menengah. Walau bagaimanapun terdapat berbagai persepsi tentang perkhidmatan tersebut terutamanya di kalangan guru-guru sekolah. Kajian ini dijalankan untuk melihat apakah persepsi guru-guru terhadap fungsi, personaliti dan kemahiran serta kelayakan kaunselor sekolah. Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang guru daripada 5 buah sekolah di daerah Kota Setar Kedah Darulaman. Instrumen kajian ini ialah soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama terdiri dari 7 soalan untuk mendapatkan biodata subjek kajian. Bahagian kedua pula terdiri dari 60 soalan objektif aneka pilihan dan dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut aspek yang dikaji iaitu fungsi, personaliti dan aspek kemahiran serta kelayakan kaunselor. Setiap aspek mengandungi 20 soalan. Analisis telah dibuat untuk mendapatkan kekerapan dan skor min. Analisis deskriptif juga telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat persepsi yang positif di kalangan subjek kajian terhadap fungsi, personaliti dan kemahiran serta kelayakan kaunselor sekolah.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003246752 LB1027.5 A22 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order