Cover image for Sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negeri Kedah
Title:
Sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negeri Kedah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4237 ra
Abstract:
Pada dasarnya dissertasi ini adalah untuk menganalisa dan mengkaji sejauh mana sektor pertanian telah memberikan sumbangannya terhadap ekonomi negeri Kedah. Dasar dan strategi pertanian negeri Kedah adalah penting dalam menjayakan dan mengembangkan lagi sektor pertanian. Dasar dan strategi haruslah diikuti oleh implementasi yang tegas dan menyeluroh. Penubuhan beberapa badan-badan kerajaan dan separoh kerajaan untuk tujuan pembangunan seperti RISDA, LPN, FELDA, FELCRA, MADA LTN dan lain-lain adalah bagi membantu para petani supaya pengeluaran dan hasil serta taraf hidup dapat ditinggikan. Tiap badan ini mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri dalam menjalankan projek-projeknya. Bantuan samada dari kerajaan negeri atau kerajaan pusat sentiasa di perolehi dan ada juga projek-projek yang dibiayai oleh Bank Dunia. Pencapaian badan-badan ini seperti MADA adalah sangat menggalakkan hasilnya kerana dari projek-projek tanaman dua kali setahunnya maka pendapatan tiap petani telah bertambah. Begitu juga dengan RISDA yang memainkan peranan bagi pekebun-pekebun kecil getah. Dengan tertubuhnya RISDA nasib penoreh pekebun kecil adalah lebih terjamin. Penubuhan badan-badan dan projek yang dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai matlamat dari dasar dan strategi yang dibentuk.Infra-struktur yang cekap dan lengkap dalam satu kawasan pertanian adalah penting. Bagi sebuah negeri pertanian yang ingin terus berkembang ekonominya maka selain daripada membuka tanah-tanah baru dan penyediaan input, kemudahan awam dan kemudahan asas haruslah juga disediakan. Kajian mengenai sumbangan oleh sektor pertanian dapat selanjutnya dibentangkan dan dapat dipertimbangkan apakah ekonomi negeri Kedah akan boleh diperkembangkan hanya mengharapkan dari sumbangan sektor pertanian semata-mata. Kesimpulan dari kajian yang dapat dibuat ialah, ekonomi negeri Kedah tidak hanya boleh bergantung pada hasil pertanian semata-mata untuk terus membangun, perkembangan sektor-sektor lain seperti industri, perdagangan dan perkhidmatan haruslah juga dilakukan. Selain dari itu sektor pertanian haruslah lebeh dimajukan dan erti kata yang lain pertanian dalam bentuk yang lebeh moden serta membuka lebeh industri-industri yang berasaskan pertanian.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006937 HD2080.6.Z9 J35 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-129327 HD2080.6.Z9 J35 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002393225 HD2080.6.Z9 J35 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order