Cover image for Penilaian tanah-tanah simpanan Melayu di Kedah khususnya pembangunan tanah simpanan Melayu di Kota Setar
Title:
Penilaian tanah-tanah simpanan Melayu di Kedah khususnya pembangunan tanah simpanan Melayu di Kota Setar
Personal Author:
Publication Information:
1983
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 1808
Abstract:
Orang-orang Melayu majoritinya adalah dari golongan petani atau pekebun kecil yang bergantung hidup kepada tanah dan tanah merupakan satu-satunya punca kekayaan dan kemegahan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu. Tetapi, akibat daripada proses perubahan sosial dan ekonomi, maka banyak tanah orang-orang Melayu telah berpindah milik kepada orang-orang bukan Melayu. Enakmen tanah Simpanan Melayu yang dikuatkuasakan kemudiannya bagi membetulkan keadaan ini sebaliknya telah menimbulkan kesan yang tidak begitu memuaskan, terutamanya dari segi pembangunan tanah simpanan tersebut. Disamping kejatuhan nilai tanahnya, didapati tanah-tanah ini tidak dimajukan sebagaimana sepatutnya. Keadaan ini berpunca dari faktor-faktor sosio-ekonomi orang-orang Melayu sendiri. Untuk memperbaiki keadaan ini, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang intensif perlu dibuat disamping mengubahsuai Undang-undang Pusaka, Undang-undang Tanah Negeri, Kanun Tanah Negara dan Enakmen Simpanan melayu sendiri supaya sesuai dengan kehendak semasa. Polisi baru yang dibuat bagi memperbaiki Enakmen Simpanan Melayu tersebut perlu dikaji semula dengan mengambilkira kesan-kesan yang timbul akibat perlaksanaan polisi tersebut. Dengan ini diharap pengubahsuaian undang-undang tersebut dapat memperbaiki keadaan yang ada sekarang bagi membangunkan tanah simpanan Melayu, di samping mengekalkan pemilikannya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000007309 HD1167.M3 M44 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order