Cover image for Pembangunan masyarakat orang asli Temuan, kajian kes : Kampung Tekir Labu, Negeri Sembilan
Title:
Pembangunan masyarakat orang asli Temuan, kajian kes : Kampung Tekir Labu, Negeri Sembilan
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : UTM, 1984
General Note:
Peminjaman dalam bentuk maikrofilem sahaja : MFL 5024 ra
Abstract:
Masyarakat Orang Asli adalah segelintir masyarakat bumiputra yang dikenalpasti sebagai masyarakat luar bandar yang miskin. Penempatanyang jauh di pendalaman hutan dan di pinggir perkampungan menyebabkan mereka sukar menerima arus pembangunan dan kurang terdedah kepada masyarakat umumnya khususnya. Menyedari hakikat ini, masyarakat orang asli tidak terkecuali daripada Pembangunan Rancangan Lima Tahun Malaysia di mana Sekim Pembangunan In-Situ telah diperkenalkan pada tahun 1960an sebagai satu langkah kerajaan untuk mempertingkatkan sosio-ekonomi masyarakat orang asli. Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, objektif pembangunan masyarakat orang asli telah dikemukakan iaitu; mempertingkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli sebagai asas untuk mereka berkecimpung dalam segenap lapangan kehidupan dan seterusnya mengintegrasikan masyarakat Orang Asli dalam masyarakat umum. Berdasarkan kepada objektif ini, pengkaji telah membuat kajian khusus masyarakat Orang Asli Temuan, Kampunr Tekir di bawah sekim pembangunan In-Situ. Tujuan utama pengkaji ialah mengkaji sejauhmana sekim tersebut berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat orang Asli serta mengemukakan penyelesaian terhadap masalah-masalah semasa yang dikenalpasti. Kajian yang dilakukan meliputi aspek-aspek fizikal, sosial, ekonomi dan sebagainya bagi menghasilkan satu kajian yang menyeluruh. Kajian dan analisa telah membuktikan bahawa sekim Pembangunan In-Situ kurang memberi kesan yang 'significant' terhadap pembangunan masyarakat setempat. Masyarakat setempat masih di bawah tahap kemiskinan dan kurang mendedahkan diri kepada masyarakat umum. Kemudahan dan perkhidmatan yang diperuntukkan kurang memberi kesan kepada pembangunan masyarakat setempat seluruhnya. Sikap negatif di kalangan masyarakat adalah merupakan satu faktor penghalang kepada pembangunan seluruh masyarakat setempat. Program-program ini. Berdasarkan kepada masalah-masalah semasa, cadangan program pembangunan fizikal, ekonomi, sosial telah dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi tahap sosio ekonomi masyarakt setempat. Program-program ini lebih menekankan kepada konsep bergotong-royong, pekerjaan secara kolektif dan juga penyertaan menyeluruh masyarakat setempat di dalam melaksanakan program-program pembangunan. Seterusnya, organisasi pelaksanaan juga dicadngkan sebagai 'input' pembangunan masyarakat setempat. Program-program pembangunan yang dicadangkan diharapkan berjaya membangunkan masyarakat setempat dan melengkapkan diri mereka dalam menghadapi persaingan dalam beberapa bidang kehidupan dengan masyarakat umum. Cadangan ini juga diharapkan dapat digunakan bagi pembangunan seluruh masyarakat Orang Asli yang mempunyai persamaan ciri-ciri tapak kawasan kajian.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003460 HN700.6.Z9 C6 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002336653 HN700.6.Z9 C6 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order