Cover image for Sumbangan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) dalam membangunkan hartanah perumahan di bandar Kuantan
Title:
Sumbangan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) dalam membangunkan hartanah perumahan di bandar Kuantan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4042 ra
Abstract:
Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) yang ditubuhkan dalam tahun 1965, telah memainkan peranan penting dalam membangunkan hartanah terutama dalam sektor perumahan. LKNP telah berjaya melaksanakan beberapa projek perumahan melalui Rancangan-rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga dan keempat. Di kawasan Bandar Kuantan, Penawaran perumahan masih lagi berkurangan berbanding dengan permintaan terutama rumah-rumah kos sederhana dan rendah. Bagi mepercepatkan pembangunan atau penawaran perumahan, LKNP telah memperkenalkan beberapa konsep perumahan.Harga rumah yang ditawarkan oleh LKNP lebih murah jika dibandingkan dengan harga rumah oleh pemaju swasta. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. LKNP juga memberi potongan harga rumah menerusi beberapa konsep sebagai mengurangkan beban kewangan kepada pembeli terutama yang berpendapatan rendah. Untuk mendapatkan rumah-rumah LKNP, pemohon adalah tertakluk kepada beberapa syarat. Satu analisis diskriptif dilakukan berdasarkan kepada latar belakang pemohon. Supaya pemilikan harta kaum Melayu terjamin dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru, LKNP telah mengenakan peraturan iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah rumah yang di bina dikenakan sekatan hakmilik di bawah 'Simpanan Rizab Melayu" dan di samping itu diharapkan integrasi kaum dalam satu kawasan perumahan dapat diwujudkan. LKNP menghadapi beberapa masalah yang juga merupakan faktor kepada lambatnya pembangunan peruamhan terus di laksanakan, di masa beberapa kawasan atau tempat telhpun di kenal pasti.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003688 HD7363.6.K84 A74 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002437014 HD7363.6.K84 A74 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order