Cover image for Penggunaan teknik analisis kuantitatif dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah kediaman : kes kajian : Johor Bahru
Title:
Penggunaan teknik analisis kuantitatif dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah kediaman : kes kajian : Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8806 ra
Abstract:
Masalah kenaikan harga dan nilai harta tanah kediaman yang mendadak di Johor Bahru bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini harus di pandang serius oleh semua pihak. Secara amnya terdapat pelbagai faktor utama yang mempengaruhi nilai harta tanah kediaman Johor Bahru. Namun begitu, sehingga kini masih belum ada lagi kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah menggunakan teknik analisis kuantitatif. Penggunaan teknik analisis kuantitatif dalam kajian akan memudahkan para pengkaji untuk mendapatkan hasil kajian dengan lebih yakin berdasarkan bentuk statistik serta angka dan hasil kajian yang diperolehi ini adalah sukar untuk dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Pendekatan utama yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini ialah melalui analisis kuantitatif seperti Cluster Analysis, Factor Analysis, Mulitidimensional Scaling Analysis dan Multiple Discriminant Analysis. Berdasarkan kepada analisis yang dilakukan terdapat enam kumpulan utama faktor-faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah kediaman iaitu faktor lokasi, kos pembinaan, ekonomi, rekabentuk, pasaran harta tanah dan juga faktor nilai pembangunan. Walaubagaimanapun, bagi golongan profesional seperti Penilai, Pemaju dan Perancang, ia mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah. Bagi pendapat Penilai pula ia lebih menekankan aspek pasaran harta tanah iaitu spekulasi, penglibatan warga asing dan juga nilai tanah pembangunan yang tinggi menyebabkan kenaikan nilai. Bagi pandangan pihak pemaju pula ia lebih mengutamakan kepada aspek kos yang banyak mengesani kenaikan nilai. Kos-kos yang terlibat termasuk masalah kekurangan bahan binaan seperti simen dan buruh serta penggunaan bahan binaan bermutu tinggi bagi tujuan pembinaan. Selain itu juga para pemaju juga berpendapat aspek lokasi yang strategik seperti berhampiran dengan Bandaraya Johor Bahru dan Singapura sedikit sebanyak memberi kesan ke atas nilai harta tanah kediaman. Para Perancang pula ia ternyata lebih menitikberatkan faktor lokasi yang menyebabkan kenaikan nilai yang ketara. Lokasi yang dimaksudkan termasuk berdekatan dengan Bandaraya Johor bahru, Singapura, sektor pekerjaan dan juga kemudahan-kemudahan awam yang lain.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003408071 HD1390 A72 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order