Cover image for Rekabentuk bagi beban seismik
Title:
Rekabentuk bagi beban seismik
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7391 ra
Abstract:
Rekabentuk bagi beban seismik masih lagi merupakan suatu perkara baru di Malaysia. Ini adalah kerana negara Malaysia sendiri tidak terletak di dalam zon seismik.Beban seismik ialah beban yang berubah-ubah dengan masa yang disebabkan oleh pergerakan. Beban ini boleh terhasil dari gempabumi, pergerakan kenderaan di atas jalan raya, pergerakan keretapi dan juga dari letupan. Di dalam rekabentuk bagi beban seismik ini, tumpuan akan diberikan kepada beban seismik yang terhasil dari gempabumi.Di antara aspek-aspek penting rekabentuk yang akan dibincangkan di dalam tesis ini ialah pertimbangan ke atas beban seismik, penentuan ciri-ciri tapak, falsafah rekabentuk, pengaruh beban seismik ke atas konfigurasi bangunan dan sistem struktur untuk merintang beban seismik.Di antara aspek-aspek tersebut, aspek falsafah rekabentuk adalah aspek yang terpenting kerana pada peringkat inilah segala kehendak rekabentuk ditentukan. Di samping itu, ia juga menekankan mengenai Prinsip Pelesapan Tenaga dan Alat Pelesap Tenaga yang sesuai digunakan bagi sesebuah struktur. Walaubagaimanapun, aspek-aspek lain seperti yang tersebut di atas juga memainkan peranan penting di dalam rekabentuk bagi beban seismik.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001539869 TA658.44 E65 1978 f Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order