Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Peranan FELDA dalam pembagunan negeri Kedah
Title:
Peranan FELDA dalam pembagunan negeri Kedah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1982
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 4328 ra
Abstract:
Negeri Kedah mengalami ketidak seimbangan pembangunan antara wilayah berpunca ari tiga massalah iaitu penghijrah keluar penduduk kemudahan dan infrastruktur dan penglibatan penduduk di sektor pertanian tradisional yang rendah penghasilannya. Oleh kerana masaalah tersebut saling kait-mengait ,maka penyelesaianya perlu dijalankan secara padu untuk mencapai pembangunan yang berkesan. FELDA merupakan satu ajensi yang melaksanakan tugas-tugas dengan meluas dalam pembangunan di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan FELDA dalam pembangunan di Kedah yang dinilai dari aspek kemampuannya memajukan wilayah, meningkatkan taraf ekonomi dan memperbaiki corak hidup masyarakat luar bandar. Dalam aspek pembangunan wilayah, FELDA tidak banyak membuka kawasan di wilayah-wilayah mundaur, menyebabkan tidak ramai penduduk yang dapat ditempatkan ke kawasan tersebut. Amalan ini menyebabkan taburan kemudahan-kemudahan dan pusat-pusat pertumbuhan tidak dapat di serakkan ke wilayah berkenaan. Darisegi ekonomi, FELDA berjaya meninggikan taraf pendapatan penduduk luar bandar di Kedah, tetapi tidak ramai yang menikmatinya kerana bilangan penduduk yang ditempatkan oleh FELDA terbatas disebabkan bilangan sekim yang terhad. FELDA telah menunjukkan keupayaannya dalam mengujudkan peluang-p[eluang pekerjaan di kedah, tetapi jumlah pekerjaan yang telah diujudkan tidak menggalakan disebabkan bilangan dan saiz sekim yang kecil disamping aktivitinya yang terbatas kepada petanian sahaja. Kegiatan ini mengakibatkan kegagalan FELDA untuk mengujud dan menyerakkan industri ke wilayah mundur dinegeri Kedah dan seterusnya gagal mempelbagai dan meninggikan tingkat negeri. Walau bagaimanapun, melalui sekim-sekim yang telah dilaksanakannya, FELDA berjaya membangunkan masyarakat luar bandar menerusi program-program yang bertujuan mengubah corak hidup dan mengintegrasikan peneroka-peneroka. Disamping itu, FELDA mengalami masaalah sikap peneroka yang negatif dan masalah organisasi yang menyebabkan perananya tidak begitu berkesan dalam pembangunan di kedah. Bagi mengatasi masalah untuk memajukan wilayah, dicadangkan supaya FELDA menumpukan perhatian untuk melaksanakan projek-projek barunya di kawasan mundur. Melalui cara ini, FELDA dapat menarik penduduk ke kawasan tersebut dan seterusnya menyediakan kemudahan-kemudahan serta mengujudkan pusat-pusat bandar yang boleh membantu memajukan kawasan berkenaan. Untuk mengatasi masalah bagi memajukan ekonomi pula dicadangkan supaya boleh menempatkan penduduk miskin dengan jumlah paling maksima. Juga dicadangkan supaya aktiviti-aktiviti FELDA masa hadapan dipelbagaikan kebidang-bidang perindustrian, perumahan dan pengurusan. melalui cara ini, FELDA dapat membantu mempelbagikan sumber pendapatan negeri dan seterusnya meninggikan tingkat pendapatan disamping menambahkan peluang-peluang pekerjaan. Bagi mengatasi masaalah sikap peneroka dan masaalah organisasi, dicadangkan pembiakan yang meliputi aspek pengurangan hutang peneroka, pemilihan peneroka secara lebih berkesan, perlaksanaan projek-projek yang boleh menjamin masa depan anak-anak peneroka dan penyesuaian pentadbiran antara FELDA dengan lain-lain ajensi pembangunan pertanian negeri Kedah. Cadangan-cadangan ii diharpkan dapat mencapai matlamatkajian sebenar disamping mengatasi masalah-masalah yang ujud.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia,1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003745 HC497.M3 B34 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page