Cover image for Penghasilan ujian
Title:
Penghasilan ujian
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2436 ra
Abstract:
Projek ini melibatkan kerja merekabentuk suatu perisian komputer mikro yang membolehkan penggunanya menyeimpan, menyemak, mengubah, mengemaskini item-item ujian dan memilih item-item ujian mengikut pilihan pengguna atau secara rawak oleh komputer ke satu fail baru. Fail itu boleh dicetak pada stansil atau kertas dan dijadikan fail ujian bagi calun mengambil ujian pada komputer. Pengetahuan dan konsep-konsep yang penting untuk merekabentuk suatu perisian telah dikaji suapaya dapat menghasilkan perisian yang baik mutunya. Beberapa bahasa pengaturcaraan telah dibandingkan dan akhirnya bahasa yang paling sesuai iaitu Dbase III dipilih. Perisian ini, diberikan nama Penghasil Ujian, direkabentuk khas untuk komputer mikro kerana komputer mikro adalah jenis komputer yang sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Penghasil Ujian dikodkan dan dilaksanakan proses pengawalsilapan (debuging) dalam Dbase III. Selepas itu, penghasil Ujian dikompilkan dengan Clipper. Clipper memberikan kita banyak kelebihan seperti keselamatan aturcara, menjimatkan storan cakera data, lebih senang digunakan dan pelarian aturcara lebih laju. Satu penilaian ke atas Penghasil Ujian telah dilaksanakan. tujuannya adalah untuk mengesahkan bahawa ia sangat berguna kepada tenaga-tenaga pengajar. Dari data-data yang didapati daripada penilai-penilai, kita boleh membuat keputusan bahawa jenis perisian ini belum ada dalam pasaran dan sangat diminati oleh tenaga-tenaga pengajar. Mengambil ujian menggunakan komputer merupakan suatu kaedah penilaian baru dalam bidang pendidikan. Kaedah ini mempunyai banyak kelebihan seperti mengawal had masa secara otomatik, maklum balas keputusan ujian sangat cepat dan sebagainya. Di samping itu, Penghasil ujian memberikan penggunanya suatu sistem pengurusan fail item-item ujian yang baik, mengurangkan beban kerja pengguna untuk menyediakan kertas ujian dan mengadakan ujian gantian. Secara keseluruhannya, perisian yang telah dihasilkan ini berjaya dan berguna kepada tenaga-tenaga pengajar. Objektif-objektif untuk merekabentuk Penghasil Ujian tercapai.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik/Sains Komputer)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010066886 QA76.5 N54 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order