Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penurasan buburan minyak kelapa sawit pada tekanan tinggi
Title:
Penurasan buburan minyak kelapa sawit pada tekanan tinggi
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7681 ra
Abstract:
Kajian penyelidikan penurasan buburan minyak kelapa sawit mentah pada tekanan tinggi dijalankan bertujuan untuk mencapai beberapa objektif. Diantaranya adalah menkaji kemungkinan menggunakan tekanan yang tinggi dalam penurasan buburan minyak sawit mentah. Selain daripada itu, kajian penyelidikan ini juga bertujuan mengkaji kesan tekanan terhadap kadar penurasan, komposisi kek penurasan dan hasil penurasan. Kajian penyelidikan ini dijalankan dalam makmal dan alat penuras terdiri daripada penuras tekan 'Baroid High Pressure, High Temperature Filter Press'. Polyamide II jenis monofilamen digunakan sebagai kain penuras. Ujikaji penurasan dijalankan pada tekanan pada julat 2 - 14 bar dan suhu penurasan ditetapkan pada 85 C. Daripada hasil kajian ini, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Di antaranya ialah penurasan buburan minyak kelapa sawit pada tekanan tinggi adalah tidak menggalakkan. Ia hanya dapat meninggikan kadar penurasan pada awal penurasan. Selepas beberapa lama iaitu apabila lapisan kek terbentuk di atas kain penuras, kadar penurasan menurun dengan banyaknya dan kadarnya hampir sama dengan penurasan yang dijalankan pada tekanan rendah. Mutu hasil penurasan pada tekanan tinggi juga didapati tidak memuaskan di mana kandungan pepejal dalam fasa minyak didapati tinggi iaitu 0.6%. Nilai ini adalah jauh lebih tinggi daripada nilai piawai SIRIM iaitu 0.25%. Walaubagaimanapun penurasan pada tekanan tinggi dapat mengurangkan kehilangan minyak pada kek penurasan. Berat kek penurasan adalah rendah disebabkan ianya lebih mampat akibat daripada susutan tekanan yang tinggi dikenakan ke atas permukaannya. Kajian lebih lanjut harus dijalankan terutamanya dalam mencari cara yang sesuai untuk mengurangkan ketebalan kek yang terbentuk.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010084177 TP156.F5 L28 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page