Cover image for Perkampungan nelayan kandis : kajian pertapakan dan kesannya keatas taraf sosio-ekonomi serta pembangunan sekitar
Title:
Perkampungan nelayan kandis : kajian pertapakan dan kesannya keatas taraf sosio-ekonomi serta pembangunan sekitar
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 2464 ra
Abstract:
Kaum nelayan adalah merupakan satu golongan masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Mereka hidup di dalam serba-serbi kekurangan. Walaupun berbagai-bagai bantuan telah diberikan oleh kerajaan seperti pukat, injin, motor dan sebagainya tetapi pendapatan mereka masih tidak berubah iaitu di bawah paras kemiskinan. Menyedari hakikat inilah, kerajaan telah melancarkan satu projek penempatan semuala nelayan di Kampung Kandis. Seramai 100 keluarga nelayan yang miskin dan tidak bertanah sahaja diambil untuk menyertai projek tersebut. Mereka diberi tanah seluas 1.7 hektar dimana 1.6 hektar untuk tanaman tembakau dan 0.1 hektar untuk tapak rumah. Mereka juga diberikan sebuah rumah kos rendah 2 tingkat dengan cara bayaran ansuran. Dengan itu mereka tidak lagi bekerja sebagai nelayan tetapi sebagai petani sepenuh masa. Oelh kerana projek ini adalah merupakan projek perintis maka sewajarnyalah bagi penulis untuk membuat kajian ke atas projek tersebut. Tujuannya ialah untuk melihat sejauhmana ianya memberi kesan ke atas taraf sosio-ekonomi peserta dan implikasi ke atas pembangunansekitar. Untuk mencapai matlamat tersebut penulis akan mengkaji keberkesanan projek ini ke atas peningkatan taraf sosio-ekonomi iaitu dari segi peluang pekerjaan, pendapatan, pemilikan harta, simpanan dan tingkat kebajikan sosial. Kajian juag akan dibuat keatas pembangunan sekitar iaitu dari segi fizikal dan kenaikan nilai tanah kerana memandangkan projek ini adalah berunsur ekonomi. Maka sudah tentu ianya akan meberi kesan ke atas pembangunan sekitar. Analisa ke atas pencapaian objektif penubuhan projek ini juga akan dibuat penulis. Tujuannya ialah untuk melihat sejauhmana projek ini dapat mencapai matlamat penubuhannya. Daripada kajian dan analisa tersebut, penulis telah membuat kesimpulan bahawa projek penempatan semula nelayan ini adalah berjaya samada di dalam meningkatkan pendapatan mahupun matlamat penubuhannya. Oleh yang demikian adalah wajar projek seperti ini dijalankan di tempat lain di Negeri Kelantan dan di Malaysia amnya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005623 HT431.K35 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order