Cover image for Perkampungan industri makanan. Kajian kes : unit perancangan 2 (UP2) Jinjang, Wilayah Persekutuan Kuala  Lumpur
Title:
Perkampungan industri makanan. Kajian kes : unit perancangan 2 (UP2) Jinjang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7704 ra
Abstract:
Industri Kecil Makanan (IKM) menimbulkan masalah industri haram, pencemaran alam sekitar dan bahaya kebakaran terutamanya di kawasan kajian UP2 Jinjing. Pembangunan semula IKM dicadangkan melalui pendekatan Perkampungan Industri Makanan (PIM) kerana kekurangan tanah, meningkatkan mutu pengeluaran dan memelihara persekitaran. Walaubagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mempunyai konsep yang khusus bagi PIM tersebut. Oleh itu penggunaan konsep ini memerlukan beberapa kajian tertentu khususnya kajian lokasi, konsep dan garispanduan perancangan. kajian teoritis menampakkan PIM mirip kepada konsep Taman Industri khususnya Anchorage Business Park, Alaska di segi penyediaan lanskap, pembahagian komponen dan jenis industri. Analisa yang dijalankan menunjukkan bahawa IKM mempunyai beberapa ciri-ciri khusus seperti : 1. Mempunyai kediaman; 2. Skala yang terlalu kecil; 3. Industri kekeluargaan; 4. Pembangunan secara horizontal; 5. Kekurangan kemudahan (tempat meletak kereta, stor, pejabat). Manakala faktor yang mempengaruhi lokasi IKM adalah nilai tanah, aksessibiliti kemudahan asas, pengangkutan dan pusat perkhidmatan, dan faktor fizikal. Ketiga-tiga faktor lokasi IKM dianalisa dengan menggunakan teknik Ambangan (threshold). Hasilnya menunjukkan satu kawasan seluas 32 hektar berpotensi untuk dipilih sebagai tapak PIM. Seterusnya, konsep PIM yang mengandungi konsep diskriptif untuk mengambarkan visi pembangunan dan konsep pembangunan spatial dihasilkan untuk pembangunan tapak tersebut. Bagi memudahkan perancangan, garispanduan PIM yang dikemaskini dari amalan semasa turut dihasilkan. Dengan adanya 3 aspek cadangan perancangan tersebut akan dapat membantu DBKL dalam perancangan PIM khususnya di UP2 Jinjang dan Kuala Lumpur amnya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000025 HD9000.5.M63 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001363252 HD9000.5.M63 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order