Cover image for Penyediaan garispanduan untuk perancangan fizikal taman industri
Title:
Penyediaan garispanduan untuk perancangan fizikal taman industri
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4288 ra
Abstract:
Pembangunan industri yang kurang memberi perhatian terhadap aspek fizikal telah menimbulkan banyak masalah. ini termasuklah masalah dari segi fungsinaliti di mana kilang-kilang yang tidak bersesuaian diantara satu sama lain dicampur adukkan perletakkannya, kadar kawasan hijau yang amat kurang dibandingkan dengan kawasan pembangunan, kekurangan kemudahan bagi pekerja dan pandang darat keseluruhan yang tidak sebati dengan gunatanah sekitarannya. Ini pada keseluruhannya menghasilkan alam sekitar yang mengganggu komuniti kejiranannya dan ekologi lokaliti tersebut. Pendekatan konsep 'taman industri' telah disarankan penggunaannya untuk mebangunkan kawasan perindustrian di masa akan datang. Matlamat utama konsep ini ialah untuk menghasilkan kawasan industri yang baik untuk operasi-operasi pengilangan dengan menekan sifat-sifat taman dan kelapangan yang membolehkan integrasi yang harmoni dengan gunatanah yang lain. Pendekatan ini dilakukan dalam dua peringkat iaitu makro atau kawasan industri secara keseluruhan dan mikro iaitu industri sebagai satu unit. Kajian peringkat makro yang dijalankan dikawasan-kawasan industri senawang, Air Keroh dan Tg. Agas, menunjukkan masalah fungsinaliti kerana penyusunan kilang tidak menimbangkan faktor-faktor saiz lot, keluaran, aktiviti dan kualiti lanskap kilang. Di samping itu terdapat kadar kawasan hijau yang rendah untuk tujuan zon pemisah atau memberikelapangan sehingga mengganggu perseimbangan ekologi dan pandang darat, kekurangan kemudahan seperti kantin dan rekreasi bagi pekerja dan kualiti lanskap keseluruhan yang buruk sehingga sukar diintegrasikan kawasan industri dengan kawasan sekitar. Masalah ini diatasi dengan pembahagian kawasan pembangunan yang seimbang dengan kawasan hijau, peruntukkan zon pemisah, susuatur kilang yang mengambil kira akan aspek fungsinaliti dan pemandangan serta peruntukkan kemudahan bagi pekerja. Diperingkat mikro, kajian menunjukkan kadar litupan bangunan yang tinggi, penggunaan kawasan yang tidak dibangunkan untuk menyimpan barang siap atau bunagn, kekurangan usaha untuk menutup pemandangan kawasan dalam kilang yang buruk dan kualiti ruang lanskap yang tidak memuaskan. Untuk mengatasi cadangan meliputi peruntukan litupan bangunan, anjakan dan ketinggian bangunan dan peruntukan senitanan. Cadangan akan dilaksanakan dengan kerjasama diantara para pengilang, pekerja, pihak pemaju dan Majlis Daerah yang berkenaan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003893 NA9069 F72 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002611 NA9069 F72 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001006067 NA9069 F72 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order