Cover image for Kaedah ujikaji piawaian ke atas geotekstil di dalam penggunaan kejuruteraan geoteknik
Title:
Kaedah ujikaji piawaian ke atas geotekstil di dalam penggunaan kejuruteraan geoteknik
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7504 ra
Abstract:
Ujikaji piawaian keatas bahan geotekstil merupakan perkara yang penting sekali untuk memilih jenis keluaran geotekstil, terutamanya bila merujuk kepada penggunanya sewaktu menyelesaikan sebarang masalah kejuruteraan awam, khusunya dalam bidang geoteknik. Sifat-sifat kejuruteraan geotekstil meliputi sifat fizikal, mekanikal, hidraulik dan kimia. Kefahaman asas mengenai sifat-sifat geotekstil itu dapat menepatkan pengkelasan peranan serta fungsi-fungsi kejuruteraannya, berdasarkan kepada penggunaannya di dalam sesuatu industri pembinaan. Penggunaan geotekstil sebagai bahan untuk pengukuhan dan pembaikan tanah dikatakan begitu meluas penggunannya dewasa ini, boleh digolongkan kepada empat fungsi utama iaitu sebagai bahan pemisah, tetulang di dalam tanah, sistem penapisan dan pengaliran.Sehingga kini, terdapat pelbagai jenama geotekstil yang berbeza baik dari segi bahan kandungan itu sendiri, bentuk, sifat kejuruteraan serta penggunaannya. Maka dengan itu, Institut Kejuruteraan Awam, United Kingdom (ICE(UK)) telah menerbitkan piawaian ujikaji geotekstil didalam usaha menyeragamkan kaedah ujikaji keatas bahan geotekstil.Projek ini adalah bertujuan untuk mengkaji kelakunan sebenar struktur tanah-geotekstil seperti berkeadaan di tapak bina dengan menggunakan kaedah ujikaji makmal geoteknik. Dengan adanya nilai parameter kaitan antara tanah dengan geotekstil, serta berpandukan kepada Ujian-Ujian Index dan Kebolehupayaan, maka keperluan pemilihan keluaran fabrik geotekstil yang sesuai dirasai tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada jurutera didalam proses merekabentuk struktur kejuruteraan.
Subject Term:
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)_Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001534951 TA455.G44 S52 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order