Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Satu contoh penggunaan sistem bantuan keputusan (sistem permarkahan bagi sistem semester UTM)
Title:
Satu contoh penggunaan sistem bantuan keputusan (sistem permarkahan bagi sistem semester UTM)
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3845 ra
Abstract:
Projek ini merupakan sebuah projek untuk menunjukkan pengggunaan konsep Sistem Bantuan Keputusan yang lebih dikenali dengan 'Decision Support System' (DBS) dalam perkembangan teknologi komputer hari ini. Konsep ini digunakan untuk membantu dalam membuat keputusan ke atas sesuatu sistem dengan lebih mudah dan cepat. Penekanan ke atas konsep itu dilakukan untuk memberikan gambaran yang jelas bagaimana konsep tersebut dapat memainkan peranan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan kepada konsep DSS ini, satu contoh penggunaan DSS telah dipilih untuk menjelaskan konsep tersebut iaitu 'Sistem Pemarkahan bagi Sistem Semester Universiti Teknologi Malaysia (UTM)'. Kerja-kerja pengiraan markah dan perkara yang bersangkutan dengannya iaitu dari kemasukan data mentah hinggalah kepada pengeluaran gred bagi matapelajaran dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Konsep ini juga dapat memberikan pilihan-pilihan (alternatives) kepada pengguna sistem pemarkahan ini bagi mencari keputusan yang sesuai untuk diambil. Oleh yang demikian, pengguna sistem tidak terlalu dibebankan untuk memikirkan bagaimana mereka harus membuat pilihan ke atas keputusan yang akan dibuat. Di samping itu, maklumat yang disimpan kelihatan lebih teratur dan dapat dilihat semula dengan segera apabila dikehendaki. Pengguna sistem yang dimaksudkan di dalam sistem pemarkahan ini adalah pensyarah. Dari pemilihan bahasa pengaturcaraan yang ditentukan, penulis telah memilih makro Lotus 1-2-3 untuk menunjukkan konsep DSS dalam sistem pemarkahan ini. Setiap arahan yang dipamerkan untuk kemudahan pengguna sistem merupakan salah satu cara dalam penggunaan konsep DSS. Arahan dipamerkan dengan berbagai cara dan akan diterangkan dalam penulisan ini. Pengguna-pengguna akan dan patut mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk setiap langkah. Disinilah penggunaan konsep DSS itu memainkan peranannya. Dengan terbentuknya sistem pemarkahan yang digunakan sebagai contoh kepada penulisan DSS ini, setidak-tidaknya pengguna sistem dapat mengetahui apa yang dikaitkan konsep DSS dan bagaimana ia berfungsi di dalam sesuatu sistem penguusan. Disamping itu jua, pengguna akan merasakan bebanan mereka memikir untuk menggunakan sistem akan dapat dikurangkan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006728 LB2368.H37 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page