Cover image for Kajian senibina perhentian bas di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
Title:
Kajian senibina perhentian bas di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 2785 ra
Abstract:
Dipersekitaran alambina kita kerap melihat dan membuat tanggapan-tanggapan terhadap berbagai-bagai rupabentuk objek dan barang keluaran yang memberi berbagai-bagai tindakbalas terhadap cara penggunaannya; terutama sekali terhadap alat-alat yang berhubung dengan berbagai aspek fungsi dan aktiviti-aktiviti kegunaan seperti papan tanda, perhentian bas, 'kiosk'. tong sampah dan berbagai-bagai jenis kemudahan awam yang lain. Didalam keadaan tertentu pengguna-pengguna kemudahan-kemudahan tersebut mempunyai hubungan yang rapat di antara satu komponen dengan yang lain. Oleh yang demikian ia berkehendakkan sistem perancangan dan rekabentuk yang bersepadu dengan alam persekitarannya. Perhentian/pondok bas merupakan diantara perabut jalan yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan mempunyai pertalian yang rapat dengan 'street element' di sekelilingnya. Selain daripada memenuhi kehendak-kehendak asas sebagai 'perlindngan sementara' dari cuaca panas dan hujan ia juga digunakan dengan secara tidak langsung sebagai tempat pertemuan sosial, lapurdiri dan sebagainya. Oleh yang demikian walaupun perhentian bas merupakan struktur mudah tetapi ianya memberikan kesan dan makna yang begitu ketara terhadap alam sekeliling khas terhadap orang ramai yang menggunakan bas sebagai pengangkutan utama mereka. Seperti yang difahami kontek 'penggunaan' inilah yang menimbulkan isu-isu dan masalah-masalah yang sentiasa hangat diperbincangkan di antara berbagai-bagai pihak khasnya pihak berkuasa, pengusaha-pengusaha bas, pihak polis dan pengguna-pengguna bas itu sendiri. Yang menariknya didalam proses memberikan kemudahan-kemudahan tersebut kerapkali pula kita mendengar kritikan-kritikan dari media masa, rungutan-rungutan dan rasa tidak berpuashati orang ramai terhadap kepincangan-kepincangan rekabentuk, cara penggunaan dan pengendalian kemudahan-kemudahan tersebut. Mungkinkah kedudukan dan isu-isu yang timbul sedemikian membayangkan realiti yang ujud sebenar ataupun sikap para pengguna dan pihak-pihak tertentu terhadap masalah-masalah dan isu-isu yang ditimbulkan. Seterusnya siapakah yang harus dipersalahkan dan bagaimanakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Persoalan selanjutnya apakah tindakbalas-tindakbalas yang mungkin berlaku dari pihak pengguna jika tindakan-tindakan dan pembaharuan-pembaharuan radikal dilakukan terhadap keadaan dan kemudahan-kemudahan yang tersedia ada? Pada keseluruhannya isu-isu dan masalah yang ditimbulkan dari perhentian/pondok bas adalah berikutan dari isu-isu dan masalah pokok yang ditimbulkan akibat perkembangan yang pesat dari sistem pengangkutan, sistem trafik dan berbaai pembangunan-pembangunan dipersekitaran kawasan perbandaran Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Tujuan kajian ini ialah untuk membuat liputan dan perbincangan dari kontek senibina perhentian bas itu sendiri (di Petaling Jaya, Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur) dan isu-isu serta masalah-masalah berhubung dengan aspek fisika dan penggunaannya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002995 NA6325.M32 K82 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order