Cover image for Kajian sistem manual : sistem lapuran dan pengesanan kewangan (FRAMS) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
Title:
Kajian sistem manual : sistem lapuran dan pengesanan kewangan (FRAMS) Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
Abstract:
Sistem perakaunan bertujuan untuk melaporkan aktiviti kewangan didalam sesuatu organisasi, syarikat dan ajensi-ajensi kerajaan. Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang merupakan salah satu ajensi yang melaksanakan projek pembangunan wilayah perlulah melaporkan semua operasi kewangannya dengan sistematik dan tepat pada masanya kerana ia melibatkan wang rakyat. Sistem perakaunan adalah merupakan rujukan penting bagi pihak pengurusan dan pelaksanaan projek-projek DARA bagi menilai kemajuan yang telah dicapai, membuat kataputus mengenai operasi kewangan harian dan merancang operasi kewangan untuk masa hadapan. Sistem perakaunan DARA masakini dijalankan secara manual. Walaupun pada masa ini sistem manual didapati berjalan dengan baik, adalah dijangkakan pada masa akan datang sistem ini tidak dapat menyediakan maklumat-maklumat dengan kadar yang cepat disebabkan beban kerja yang semakin bertambah terutamanya apabila siap projek-projek pembinaan rumah dan ruangniaga. Proses penyemakan baucer dan resit serta penyediaan cek, buku tunai, lejer dan lain-lain aktiviti kewangan akan mengambil masa yang panjang dengan bertambahnya beban kerja dari masa kesemasa. Disamping itu sistem pemberian kod yang tidak seragam telah menimbulkan masalah yang besar kepada kakitangan-kakitangan bahagian yang ditugaskan menyediakan baucer dan merekod setiap pembayaran atau penerimaan wang. Ketiadaan sistem kod yang seragam ini telah merumitkan lagi kerja-kerja penyemakan, seringkali terdapat maklumat-maklumat kewangan disalah kod. Dengan penggunaan sistem komputer nanti adalah diharapkan DARA akan dapat menjamin rekod-rekod kewangan diakaunkan dengan lebih sempurna lagi, disamping dapat memberikan khidmat pengurusan maklumat kewangan yang lebih bermutu.
Added Corporate Author:
Added Title:
Sistem Lejar Lembaga Pahang Tenggara (DARA)
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Lanjutan Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005029 HF5616.M3 K34 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002389058 HF5616.M3 K34 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order