Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Nilai perpindahan haba keseluruhan (Overall thermal transfer value)
Title:
Nilai perpindahan haba keseluruhan (Overall thermal transfer value)
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7662 ra

Dilampiri oleh 1 disket : DSK 306 ra
Abstract:
Projek ini menyediakan panduan mengenai penggunaan tenaga dalam bangunan-bangunan yang menggunakan penyaman udara di Malaysia. Kajian dijalankan terhadap perhitungan Nilai Perpindahan Haba Keseluruhan (Overall Thermal Transfer Value, OTTV) ke atas beberapa bentuk bangunan dan arah. Tujuan utama OTTV adalah untuk mengurangkan perolehan haba luar dan merendahkan beban penyejukkan sistem penyaman udara sesebuah bangunan. Buat masa ini hanya terdapat perhitungan OTTV dengan cara biasa yang agak sukar dan lambat. Oleh itu dalam projek ini suatu program komputer digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan perhitungan OTTV. Kajian dilakukan ke atas konsep asas OTTV dan Nilai Pekali Pemindahan Haba (U-value). Kemudian ditunjukkan contoh-contoh perhitungan OTTV untuk bangunan mudah dan bangunan hyphothetical bagi memudahkan lagi pemahaman mengenai OTTV. Dari perhitungan ini dilakukan analisa ke atas nilai-nilai OTTV dengan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi OTTV. Analisa ini menunjukkan Nisbah Tingka-dinding (Window-wall Ratio, WWR) amat mempengaruhi nilai-nilai OTTV dan diikuti oleh Pekali Teduhan (Shading Coeficient,SC) dan Resapan Terma (Solar Absorption, SC). Penekanan kajian dilakukan ke atas bangunan Fakulti Kejuruteraan Jentera UTM yang mempunyai bentuk jenis teras-dua (Double-core) dan dibandingkan di antara Piawai Malaysia dengan Piawai Singapura yang memberi nilai-nilai OTTV yang hampir sama. Juga perhitungan untuk empat jenis bentuk teras bangunan iaitu teras-menegak, teras-mendatar, teras-tengah dan teras-satu. Untuk sesuatu teras pula diahagikan kepada beberapa arah yang berlainan seperti utara, selatan, timur, barat dan lain-lain. Daripada analisa ini dapat diumumkan bahawa pemilihan teras dan arah bahagian hadapan bangunan memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan nilai OTTV yang minima.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001248156 TA418.54 M98 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page