Cover image for Sistem pendidikan dan latihan vokasional di Republik Persekutuan Jerman dan di Malaysia : satu kajian perbandingan
Title:
Sistem pendidikan dan latihan vokasional di Republik Persekutuan Jerman dan di Malaysia : satu kajian perbandingan
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7647 ra
Abstract:
Negara Republik Persekutuan Jerman merupakan sebuah negara perindustrian yang maju. Kemajuan teknologi dan perindustrian yang mereka capai banyak bergantung kepada bekalan tenaga pekerja yang mahir dan produktif. Sumber tenaga mahir ini adalah hasil daripada satu sistem latihan vokasional dan kemahiran yang sistematik, teratur dan berkesan, yang dikenali sebagai Dual System. Sistem ini berfungsi dengan baik dan berkesan dengan adanya akta perundangan yang terperinci mengenai latihan vokasional serta perlaksanaan undang-undang itu sendiri. Penglibatan secara aktif dan bersungguh-sungguh oleh sektor swasta disamping tanggungjawab bersama dengan pemerintah dapat menjamin mutu latihan yang tinggi dan sesuai digunakan terus di dalam industri. Malaysia pula adalah sebuah negara pertanian yang sedang berusaha secara beransur-ansur menuju ke arah negara perindustrian terutama dalam industri pembuatan. Penggunaan teknologi yang canggih dan pantas berubah memerlukan ramai tenaga mahir yang berkebolehan. Kemampuan pihak kerajaan secara bersendirian melatih pekerja mahir adalah amat terbatas tampa penglibatan aktif dan kerjasama pihak swasta. Beberapa cadangan diberikan ke arah memajukan lagi sistem latihan vokasional dan kemahiran di Malaysia.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001413057 LC1044.M3 J25 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order