Cover image for Kajian kemalangan jalanraya dari aspek kejuruteraan : kajian kes : Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Title:
Kajian kemalangan jalanraya dari aspek kejuruteraan : kajian kes : Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8371 ra
Abstract:
Perkembangan pantas yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini terutama dalam jalinan perhubungan jalanraya dan bidang sosio-ekonomi telah memberi kesan kepada pemasalahan lalulintas terutamanya kemalangan jalanraya. Ini disebabkan oleh isipadu kenderaan di jalanraya. Kebanyakan kemalangan ini berlaku adalah kerana kecuaian manusia atau dengan lain perkataan ia boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu pengguna, kenderaan dan alam persekitaran. Objektif kajian bagi projek tahun akhir ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa sebab-sebab kemalangan jalanraya di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang mana ia lebih menekankan dari aspek kejuruteraan. Tinjauan tapak dan Ujian Kelajuan Setempat telah dibuat di stesyen km 40.5, km 31.4, km 36.3 dan km 32.3. Stesyen-stesyen ini dipilih berdasarkan kepada catatan jumlah kemalangan yang tertinggi daripada perangkaan yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia & laluan ini. Keputusan statistik Ujian Kelajuan Setempat dianalisa berdasarkan kepada cerapan data mentah dengan menggariskan beberapa cadangan-cadangan daripada tinjauan tapak dan juga kajian yang telah dibuat pada setiap stesyen. Hasil daripada kajian tersebut, cadangan penyelesaian pemasalahan dan pembaikan perlu dibuat bagi mengurangkan kadar kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003106139 HE5614.5.M3 N67 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order