Cover image for Kajian tentang kesan-kesan rekabentuk pembukaan dirumah-rumah teres terhadap penghuninya dari segi percahayaan dan penyudaraan khususnya keatas keselisaan dan ubahsuaian
Title:
Kajian tentang kesan-kesan rekabentuk pembukaan dirumah-rumah teres terhadap penghuninya dari segi percahayaan dan penyudaraan khususnya keatas keselisaan dan ubahsuaian
Personal Author:
Publication Information:
KL : UTM, 1982
Abstract:
Rumah-rumah teres telah diketahui mempunyai batasan-batasan dari segi rekabentuk terutamanya didalam penyediaan aspek-aspek pencahayaan, pengudaraan dan persendirian. Aspek-aspek ini adalah meruapakan kriteria-kriteria yang penting di dalam menentukan keselesaan kepada penghuninya dari segi fizikal dan saikologi. Penyediaan untuk aspek-aspek ini dapat disediakan melalui pembukaan-pembukaan, tetapi dengan batasan-batasan yang telah sedia ada beberapa alternatif di dalam cara menyediakannya terpaksa digunakan. Bagaimanapun tidak semua penghuni memahami dan juga bersetuju kepada cara-cara penyediaan pembukaan alternatif ini. terbit dari keadaan ini menyebabkan timbul kesan-kesan perlakuan dari penghuni didalam usaha untuk mengatasi rasa tidak setujuan ini. Sebagai lanjutan daripada keadaan ini, dissertasi ini dijalankan untuk mengkaji tentang kesan-kesan rekabentuk pembukaan dirumah-rumah teres terhadap penghuninya dari segi pencahayaan dan pengudaraan khususnya ke atas keselesaan dan ubahsuaian. Dissertasi ini dibahagikan kepada enam bahagian. Bab I, membincangkan tentang latarbelakang kajian yang merangkumi aspek-aspek pengenalan masalah iaitu bagaimanakah kesan-kesan pembukaan terhadap penghuni rumah dari segi keselesaan itu dijangka berpunca objektif-objektif yang ingin dicapai dari kajian dan sekop yangmenrangkan keluasan bidang kajian yang ingin dibuat. Bab II pula merupakan latarbelakang faktu-faktur tumpuan kajian. Ianya dibuat untuk mengetahui tentang kepentingan keselesaan, aspek-aspek yang mesti dipenuhi dan akibat yang timbul tanpa penyediaan terhadapnya. Sebagai usaha untuk meneliti tentang kesan-kesan yang sebenarnya kepada penghuni-penghuni dirumah teres terhadap pembukaan yang disediakan satu penyelidikan 'random sample servey' telah dibuat dikawasan perumahan yang dipilih di persekitaran Wilayah Persekutuan melalui soal selidik, pemerhatian fizikal, penganalisaan pelan dan temuramah dijalankan. Cara-cara untuk menjalankan kajian ini turut diterangkan di dalam Bab III ini. Bab IV merupakan penganalisaan keputusan-keputusan kajian yang telah didapati dari responden yang berlainan bangsa dan kawasan perumahan yang mempunyai rekabentuk dan jenis rumah teresyang berlainan. Cara penganalisaan adalah merupakan penganalisaan 'crosstabulation', penganalisaan pelan, pemerhatian fizikal dan juga temuramah yang telah dijalankan. Keputusan-keputusan yang didapati adalah merupakan keputusan 'multiple confirmation' dari kesemua cara-cara ini. Bab V adalah merupakan kesimpulan dan cadangan yang dibuat dari keputusan-keputusan penganalisaan. Bab ini menrangkan tentang aspek-aspek umu rumah teres dan faktur-faktur yang timbul di dalam penyediaan pembukaan untuk mencapai kehendak keselesaan. Bab ini juga membuat kesimpulan mengenai kesan rekabentuk pembukaan di dalam rumah teres terhadap penghuninya dari segi keselesaan yang boleh dijadikan panduan dasar rekabentuk. Selain dari itu ianya juga membuat kesimpulan tentang pengubahsuaian yang dilakukan, bagaimanakah ianya mendatangkan kesan kepada penghunu dan cadangan untuk membuat cara-cara penghitungan dasar di dalam merekabentuk sesuatu pembukaan. Bab IV adalah penutup yang merupakan kesimpulan menyeluruh terhadap kajian ini.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003432 NA7521 M64 1982 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003626 NA7521 M64 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order