Cover image for Kajian terhadap penjenisan elemen senibina yang terdapat pada fasad hadapan rumah deret masyarakat baba di Jalan Tan Cheng Lock, Melaka
Title:
Kajian terhadap penjenisan elemen senibina yang terdapat pada fasad hadapan rumah deret masyarakat baba di Jalan Tan Cheng Lock, Melaka
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7980 ra
Abstract:
Rumah deret di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka merupakan 'Dataran Jutawan Melaka Silam' di mana "prototype" rumah deret yang tertua wujud diSemenanjung Malaysia. Elemen-elemen senibina yang terhasil dari berbagai-bagai pengaruh menghasilkan rekabentuk rumah deret yang unik dan menarik yang jarang wujud di mana-mana bandar di Malaysia. Rekabentuknya, terutama pada fasad hadapan banyak memperlihatkan ciri-ciri pengaruh dari Eropah, China dan tempatan. Rumah deret yang telah wujud semenjak awal kurun ke 17 sehingga hari ini, memperlihatkan pengaruh senibina dari berbagai-bagai era. Dalam kajian ini senibina masyarakat Baba dipilih. Di mana dalam bab-bab terawal, kajian akan menyentuh serba sedikit mengenai pengenalan dan identiti masyarakat Baba, sejarah awal kedatangan kaum Cina dan kewujudan rumah deret di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Kajian juga merangkumi analisa terhadap era-era senibina rumah deret yang wujud serta ciri-ciri elemen fasadnya di samping mengemukakan beberapapendapat serta pandangan pengkaji-pengkaji sejarah mengenai senibina Baba dan bahan yang berkaitan dengan kajian. Kajian juga akan mengemukakan penjenisan elemen-elemen senibina pada fasad hadapan rumah deret dari Era Rumah Deret Awal atau Era Rekaan Awal Belanda (1750-1830) sehingga Era Pengaruh Palladian atau "Straits Eclectic"(1901-1925). Pengaruh senibina dari era-era ini majoritinya mempengaruhi senibina fasad hadapan rumah deret yang terdapat di akwasan kajian. Daripada pengaruh senibina era-era tersebut terhadap fasad hadapan rumah deret, kajian penjenisan elemen-elemen senibina akan diskopkan kepada elemen struktur dan elemen bukaan manakala elemen-elemen selebihnya akan dibincangkan secara umum seperti elemen hiasan, bumbung, rantai dan dinding. Seterusnya di penghujung bab hasil-hasil pengkajianakan dikemukakan serta cadangan dan kesimpulan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000734 NA7135.M32 M4925 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002210528 NA7135.M32 M4925 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order