Cover image for Rawatan data hidrologi (hujan) yang hilang
Title:
Rawatan data hidrologi (hujan) yang hilang
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8384 ra
Abstract:
Asas kepada sebarang kajian hidrologi seperti perancangan, rekabentuk dan operasi sistem sumber air adalah, sesuatu data itu mestilah baik dari sgi kualiti dan kuantiti. Lazimnya, sela yagn terdapat dalam rekod akan memberikan keputusan yang kurang baik atau kesimpulan yang mengelirukan. Kehilangan data adalah satu fenomena yang kerap berlaku dalam bidang hidrologi. Ia disebabkan oleh kerosakan alat, kegagalan pencerapan atau kegagalan pencerap membuat lawatan ke kawasan bertolok. Masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai cara untuk mengetahui data-data yang hilang. Dalam hal ini, terdapat dua kaedah pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut; i) Menggunakan cerapan yagn berterusan dan mengabaikan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelumnya. ii) Mengabaikan kehilangan sela-sela berdasarkan anggapan bahawa data itu adalah satu siri rekod yang berterusan. Keburukan utama didalam pendekatan pertama adalah kehilangan maklumat yang penting dan kesimpulan statistik tidak dapat dilakukan dengan baik, manakala pendekatan yang kedua pula akan mengurangkan masa cerapan sesuatu kejadian. Tanpa prosedur yagn konsiten dan jelas, pengamal akan membuat kaedah epmulihan menurut minat dna keutamaannya mengkibatkan hasil yang kurang baik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan beberapa jenis kaedah untuk merawat semula data-data yang hilang. Pemahaman yang menyeluruh bagi setiap kaedah diperlukan sebelum sebarang pemulihan data hidrologi dapat dilakukan. Kaedah-kaedah seperti Bruce and Clark, Model Auto-mundur Tertib 1, Min Aritmatik, Nisbah Normal, Nisbah Normal Terubahsuai, jarak Songsang, Sukuan dan Garis Sehujan akan digunakan. Keberkesanan bagi setiap kaedah akan dikaji dengan membandingkan nilai kiraan dan cerapan supaya satu pendekatan yang bersistem dan jelas dapat dikenalpasti. Rujukan akan dibuat terhadap ata curahan di kawasan Lembah Sungai Kelang. Kajian menunjukkan kaedah rawatan yang paling baik di antara kaedah-kaedah yang dikaji adalah kaedah Nisbah Normal terubahsuai.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003142282 QC925.A93 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order