Cover image for Multipurpose remote terminal unit (MRTU)
Title:
Multipurpose remote terminal unit (MRTU)
Publication Information:
1993
Physical Description:
xv, 70 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Loan in microfilm form only : MFL 8126 ra

Supervisor : Prof. Ishak Ismail
Abstract:
Tesis ini mengandungi penerangan berhubung dengan kerja rekabentuk yang dijalankan untuk menghasilkan alat unit pengkalan jauh berbagai guna (MRTU). Unit ini merupakan sebahagian daripada sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data (SCADA) yang dipesan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad. MRTU direka untuk menjadi sebahagian daripada sistem tinjauan. Ia melakukan kutipan data dan kawalan loji dengan cara pertukaran perutusan yang berterusan dengan Bahagian Induk SCADA (SCADA Master). MRTU boleh disambung di dalam satu rangkaian bintang (titik-ke titik dengan SCADA Master). Ia juga boleh disambung di dalam satu rangkaian berbilang jatuhan. Di dalam keadaan beroperasi, MRTU dikenali melalui alamat (nombor pengenalan), mereka. Alamat ini boleh diperolehi dengan menukar kedudukan (set) suis tertentu. Apabila SCADA Master membuat tinjauan, semua MRTU akan menyahkod arahan tinjauan dari SCADA Master. Hanya MRTU yang berkenaan sahaja yang akan memberi jawapan. Jawapan ini di dalam bentuk perutusan sambutan yang mentakrifkan jenis maklumat untuk penghantaran. MRTU dibentuk supaya ianya mengikut konsep tatarajah sistem terbuka (Open System). Ini adalah untuk membolehkannya beroperasi di dalam apa sahaja persekitaran dan untuk semua kegunaan yang berkaitan dengan penyeliaan jauh dan kawalan jauh. MRTU yang direkabentuk sesuai untuk kegunaan di stesen janakuasa serta pencawang kuasa, loji perindustrian, pengagih gas/minyak dan kemudahan loji pengangkutan.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Kejuruteraan (Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002427999 TK7887.8.T4 A94 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
SPS30000000252 TK7887.8.T4 A94 1993 Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order