Cover image for An object-oriented digital circuit simulator
Title:
An object-oriented digital circuit simulator
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Physical Description:
x, 91 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Harun Ismail, Dr. Izhar Che Mee

Loan in microfilm form only : MFL 8125 ra
Abstract:
Objektif kajian tesis ini bersekitar kepada pembangunan penyelaku litarberdigit berinteraktif. Kajian ini akan memberikan penumpuan terhadap kesesuaian metodologi berorientasikan objek seperti yang ditunjukkan oleh Smalltalk-80TM dalam pembangunan aturcara penyelaku interaktif. Satu prototaip aturcara penyelakuan yang dinamakan IndiciS (Interactive Digital Circuit Simulator) telah direkabentuk. IndiciS telah direka supaya mudahdigunakan, bersepadu, berorientasikan grafik, interaktif dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dalam kursus pengenalan elektronik berdigit. Penyelaku ini telah ditulis keseluruhannya menggunakan Objectworks for Smalltalk-80TMiaitu satu sistem pengaturcaraan berorientasikan objek pada asasnya, IndiciS terdiri daripada komponen-komponen asas elektronik berdigit dan peranti-peranti sokongan. Komponen-komponen asas logik digunakan untuk merekabentuk litar-litar logik gabungan dan jujukan. Peranti-peranti sokongan digunakan untuk menjanakan isyarat-isyarat masukan dan memaparkan sambutan yang terhasil dari sesuatu litar logik. Pemilihan suatu komponen, peranti dan ragam operasi dilakukan dengan menggunakan tetikus. Kemudahan-kemudahan bantuan langsung boleh diperolehi dari menu dan penekanan butang tetikus. Pembangunan IndiciS dilakukan secara modular di mana setiap komponen penyelaku mempunyai kelakunan dan sifat tersendiri. Setiap komponen telah diuji berasingan untuk mempastikan kesahihannya. Komponen-komponen ini digabungkan dengan menambah perutusan-perutusan kepada kaedah-kaedah tertentu untuk memperolehi penyelesaian operasi yang berfungsi dengan lebih baik, beberapa alternatif telah diterokai. Penerokaan ini menjadi lebih mudah dengan penggunaan keadah berorientasikan objek. Perubahan pada sesuatu bahagian penyelaku tidak akan memberikan kesan yang ketara terhadap bahagian-bahagian sistem yang lain. Penulis amat berpuas hati bahawa kaedah berorientasikan objek melalui Smalltalk-80 telah dapat mengurangkan kesukaran proses merekabentuk satu penyelaku berinteraktif.
Subject Term:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Kejuruteraan (Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002427882 TK7868.D5 A43 1993 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order