Cover image for Penglibatan dan peranan juruukur bahan di dalam institusi kewangan
Title:
Penglibatan dan peranan juruukur bahan di dalam institusi kewangan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilam sahaja: MFL 7917 ra
Abstract:
Juruukur bahan telah melibatkan diri di dalam institusi kewangan sejak lebih lapan tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, baru-baru ini penglibatan tersebut telah mula berkembang dengan lebih pesat. Jika dulu penglibatannya hanya untuk menguruskan pembinaan sesebuah bangunan ibu pejabat, kini juruukur bahan telah terlibat dengan lebih jauh lagi di dalam institusi kewangan tetapi sesuai dengan kemahirannya di dalam bidang pembinaan. Penglibatn institusi kewangan yang lebih jauh di dalam industri binaan telah mengheret ramai ahli ikhtisas sebagai penggerak utama. Juruukur bahan turut tidak ketinggalan merebut peluang yang ada dengan menawarkan kepakarannya kepada institusi kewangan yang terlibat dengan bidang pembinaan. Berbanding dengan ahli ikhtisas lain, juruukur bahan mempunyai lebih luas potensi untuk melibatkan diri di dalam institusi kewangan. Ini berdasarkan perbandingan kepakaran dengan ahli ikhtisas lain di dalam kumpulan pembinaan. Dari segi kepakaran, juruukur bahan mempunyai kepakaran yang lebih tertumpu kepada urusan kewangan. Ini adalah amat bersesuaian dengan urusan institusi kewangan yang sememangnya berada di dalam persekitaran wang. Dengan kesedaran yang lebih mendalam oleh institusi kewangan terhadap kepakaran juruukur bahan, badan-badan di dalam institusi kewangan yang telah melibatkan diri dengan urusan pembinaan telah mula berminat untuk mengambil ahli ikhtisas seperti juruukur bahan untuk menguruskan urusan pembinaan yang diceburinya. Ini kerana bidang pembinaan kini semakin komplikated dan mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi. Oleh itu, kepakaran ahli ikhtisas sangat diperlukan bagi memastikan kepentingan institusi kewangan sentiasa terjaga sekiranya mereka terlibat di dalam sesuatu projek pembinaan samada sebagai klien, penjamin atau pembiaya sesebuah projek. Perkembangan ekonomi negara yang menggalakkan, turut memberangsangkan pertumbuhan institusi kewangan dan industri pembinaan. Dengan ini lapangan bagi institusi kewangan dan industri binaan dapat sama-sama bergerak adalah lebih luas dan selesa. Kesannya ialah lebih memudahkan lagi para ahli ikhtisas untuk melibatkan diri di dalam institusi kewangan terutama juruukur bahan. Kerjasama yang lebih luas yang dijalin antara institusi kewangan dengan industri binaan, telah memberikan potensi yang cerah kepada juruukur bahan untuk menjadikan institusi kewangan sebagai lapangan praktisnya dengan lebih serius lagi.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001559 TH437 .I78 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002088361 TH437 .I78 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order