Cover image for Pembangunan di daerah Johor Bahru dan kesannya keatas aliran guna tanah dan nilai hartanah. Tumpuan kajian disepanjang jalan : Johor Bahru - Ulu Tiram, Johor Bahru - Pasir Gudang, Johor Bahru - Senai
Title:
Pembangunan di daerah Johor Bahru dan kesannya keatas aliran guna tanah dan nilai hartanah. Tumpuan kajian disepanjang jalan : Johor Bahru - Ulu Tiram, Johor Bahru - Pasir Gudang, Johor Bahru - Senai
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 4236 ra
Abstract:
Daerah Johor Bahru sejak sepuluh tahun kebelakangan ini telah membangun dengan pesatnya. Pembangunan yang berlaku telah banyak merubah bentuk muka bumi di daerah Johor Bahru. Pembangunan yang pesat tercapai hasil daripada dayausaha Kerajaan Negeri untuk memajukan daerah berkenaan yang mana sebelum tahun 1970 adalah kurang perhatian yagn diberikan terhadap pembangunan. Hasil dripada usaha ini Kerajaan Negeri Johor telah berjaya menanrik minat Kerajaan persekutuan untuk memberi kemudahan dari segi pinjaman kewangan untuk projek-projek pembangunan. Dengan kemudahan asas yang disediakan olih Kerajaan Negeri ianya secara tidak langusng dapat menarik minat pihak-pihak swasta untuk melabur dan seterusnya memajukan tanah-tanah didaerah Johor Bahru ini. Sehingga pertengahan tahun 1981 aitu lebih kurang sepuluh tahun jangka masa pembangunannya kita dapati daerah Johor Bahru ini telah menjadi satu kawasan daya penarik bagi pelaburan dan pembangunan. Pembangunan adaslah lebih ketara dan tertumpu disepanjang jalan berikut iaitu ; 1) Johor Bahru - Ulu Tiram (ii)Johor Bahru - Pasir Gudang. (iii) Johor Bahru - Senai. Kajian ini dibuat untuk memberi gambaran tentang kesan pembangunan ke atas aliran guna tanah dan nilai hartanah. Seterusnya kesan pembangunan keatas sosial juga akan disentuh secara am sahaja. Kajian ini pada keseluruhannya boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang utama. Dalam bahagian yang eprtama penulis cuba memberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan ilmu alam daerah JOhor Bahru serta bandar-bandar yang terdapat di daerah ini. Dalam bahagian yang kedua pula penulis akan menerangkan peranan yang dimainkan oleh bandasn-bandan tertentu di dalam aktiviti-aktiviti pembangunan. Dalam bahagian yang ketiga pula akan dibentangkan kesan-kesan dan masalah-masalah yang diujudkan oleh pembangunan. Dissertasi ini diakhiri dengan bahagian ke empat dimana penulis akan mengutarakan langkah-langkah yang perlu diambil perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri Johor untuk membendung pembangunan supaya ianya memnuju ke arah matlamat yang dirancangkan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002681 HD890.6.Z9 J65 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order