Cover image for Kajian pembangunan semula dalam bandar Johor Bahru : kes kajian Kampong Pahang
Title:
Kajian pembangunan semula dalam bandar Johor Bahru : kes kajian Kampong Pahang
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 2463 ra
Abstract:
Pembangunan semula adalah merupakan salah satu alternatif tindakan yang biasa dilaksanakan di dalam pembaharuan semula bandar. Adapun tujuan sebenar pembaharuan semula bandar ini ialah untuk mengoptimumkan kegunaan tanah menghapuskan kawasan sesak serta mundur, merancang semula kawasan tepubina yang tidak mempunyai tatatur yang sempurna serta sistematik dan menyediakan peluang-peluang pembangunan baru dijalankan secara ekonomi di kawasan yang sesak dan mundur. Di dalam bandar Johor Bahru, terdapat beberapa kawasan 'slum'. Kewujudan kawasan 'slum' ini telah menimbulkan masalah seperti kesihatan,jenayah, kerosakan moral dan sebagainya. Pembangunan semula kawasan 'slum' ini dijangka dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud disebabkan adanya kawasan 'slum' ini. Di samping penulisan projek khas ini, kawasan kajian yang telah dipilih ialah kawasan Kampung Pahang. Penerangan mengenai Kampung Pahang boleh dilihat di dalam bab 1. Di dalam bab 2, kefahaman dan penerangan secara teori tentang kepentingan pembangunan semula serta sebab-sebab pembangunan semula dilakukan sama ada di dalam atau di luar negeri dinyatakan secara mendalam dan terperinci. Seterusnya di dalam Bab 3, kajian ke atas tapak, sosio ekonomi penduduk serta hartanah di dalam kawasan kajian dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa masalah-masalah yang ujud di kawasan Kampung Pahang sehingga kawasan ini menjadi kawasan 'slum'. Kajian di dalam Bab 4 adalah merangkumi kajian terhadap polisi-polisi perancangan dan gunatanah draf Pelan Struktur Johor Bahru serta cadangan pembangunan semula oleh P.K.E.N.J di kawasan kajian. Analisa permintaan dan penawaran bagi cadangan pembangunan semula oleh P.K.E.N.J. di kawasan kajian dibuat. dalam bab seterusnya. Ini adalah bertujuan untuk menganalisa sama ada terdapat lebihan atau kurangan didalam penawaran bagi cadangan pembangunan yang sama di dalam kawasan tangkapan (catchment area) iaitu kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru. Bahagian terakhir penulisan khas ini, adalah merupakan rumusan ke atas kajian yang dibuat yang mana akan dilihat keberkesanan pembangunan semula didalam menyelesaikan masalah kawasan 'slum'. Juga akan dinyatakan masalah-masalah yang dialami di dalam melaksanakan pembangunan semula ini dan penyelesaian-penyelesaian yang telah dibuat.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta benda)) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005355 HT178.M32 J65 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order