Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Prosedur pembangunan semula premis terkawal dan permasalahannya di bawah akta kawalan sewa 1966 : kes kajian, Bandar Johor Bahru
Title:
Prosedur pembangunan semula premis terkawal dan permasalahannya di bawah akta kawalan sewa 1966 : kes kajian, Bandar Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1989
General Note:
Juda terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 5164 ra
Abstract:
Objektif utama penulisan projek khas ini adalah untuk memberi gambaran sebenar kepada tuan tanah akan hak-hak mereka yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Sewa 1966 bagi menjalan pembangunan ke atas premis terkawal. Kajian ini akan menumpukan kepada premis-premis terkawal yang terletak hak di bawah Akta Kawalan Sewa 1966 yang berada dalam kawasan Bandar Johor Bahru. Penulis telah membahagikan kajian ini kepada enam bahagian yang utama. Bab satu merupakan pengenalan terhadap kajian. Ini adalah bertujuan untuk menerangkan permasalahan kajian itu sendiri yang merangkumi kaedah dan dihad kepada kajian tersebut. Bab dua pula, penulis telah membuat analisa dan pandangan terhadap Akta Kawalan Sewa 1966 secara keseluruhannya. Ini adalah untuk melihat peruntuka-peruntukan akta dan kesannya terhadap premis terkawal. Tujuan penerangan Akta Kawalan Sewa 1966 ini supaya pihak-pihak yang terlibat dengan premis terkawal terutamanya tuan punya premis tahu tentang kawalan sewa dan hak-hak mereka yang diperuntukkan di bawah akta tersebut. Bab tiga pula menerangkan keadaan dan kedudukan premis terkawal di Bandar Johor Bahru. Tujuan penerangan ini adalah untuk mengetahui keadaan-keadaan premis yang ada di bandar tersebut. Bab empat lebih menetik beratkan kepada pembangunan semula premis terkawal. Dalam bab ini juga memberi penerangan terhadap prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh tuan punya premis terkawal sekiranya hendak menjalankan pembangunan ke atas premis terkawal tersebut. Bab lima pula memaparkan masasalah-masalah yang wujud dalam membangunkan premis terkawal di kawasan kajian. Ini adala untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul supaya jalan penyelesaiannya dapat dicari. Ini penting supaya setiap pembangunan semula tersebut dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bab enam pula merupakan bab yang terakhir di mana dalam bab ini penulis telah merumuskan kajian ini. Cadangan-cadangan terhadap penyelesaian masalah yang timbul juga dibuat dalam bab ini. Akhir sekali penulis telah membuat kesimpulan terhadap kajian tersebut.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda dan Penilaian)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1989

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000007310 HD1167.M3 M99 1989 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page