Cover image for Masalah pembangunan dan cadangan penyelesaian : kes kajian bandar Jasin
Title:
Masalah pembangunan dan cadangan penyelesaian : kes kajian bandar Jasin
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3135 ra
Abstract:
Tujuan utama dissertasi ini adalah untuk membuat kajian mengenai masaalah-masaalah pembangunan yang dialami oleh bandar Jasin dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi dan seterusnya mengadakan cadangan-cadangan bagi mengatasi masaalah-masaalah tersebut dari aspek perancangan. Ini adalah untuk mencapai matlamat supaya taraf bandar Jasin sebagai pusat daerah dapat dikekalkan dan dimajukan.Bab I dissertasi akan memberi gambaran am tentang kawasan kajian masakini, matlamat, objektif, sekop dan metodologi kajian. Latarbelakang kawasan kajian secara am akan dibincangkan dalam bab kedua meliputi aspek-aspek seperti penduduk, gunatanah, sistem perhubungan dan pembangunan di sekitar kawasan kajian. Oleh kerana, kawasan kajian mempunyai jenis hakmilik tanah yang agak berbeza dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, maka suatu bab iaitu bab ketiga telah dikhususkan untuk membincangkan aspek-aspek seperti jenis hakmilik yang terdapat, pemilikan tanah, serta masaalah pembangunan tanah dan kajian nilai tanah berdasarkan hakmilik tanah yang terdapat.Seterusnya bab keempat akan membincangkan masaalahmasaalah pembangunan yang dialami oleh bandar Jasin dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi. Ini diikuti dengan pengutaraan cadangan-cadangan penyelesaiannya dalam bab kelima. Penyelesaian bukan sahaja atas usaha-usaha mengatasi masaalah tetapi juga meliputi usaha-usaha memperbaiki masaalah sediada. Satu kesimpulan dan penutup akan dibuat dalam bab keenam. Diakui masih ada aspek-aspek yang terlibat yang tidak dikaji. Namun begitu, diharapkan kajian ini akan menjadi petunjuk dan garispanduan ke arah pelaksanaan rancangan-rancangan pembangunan dimasa akan datang untuk kepentingan dan faedah masyarakat seluruhnya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002818 HT169.M32 J3718 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002409484 HT169.M32 J3718 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order