Cover image for Peranan agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan tanah-tanah di luarbandar. Kawasan kajian : Jelebu
Title:
Peranan agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan tanah-tanah di luarbandar. Kawasan kajian : Jelebu
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4162 ra
Abstract:
Dissertasi ini akan membincangkan projek-projek pembangunan tanah-tanah di luarbandar. Segala projek-projek pembangunan sosio-ekonomi adalah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan. Kajian akan mengkaji sejauh manakah peranan agensi-agensi kerajaan tersebut dalam usaha untuk menambah daya pengeluaran dan seterusnya meningkatkann pendapatan dan tingkat hidup masyarakat luarbandar. Secara keseluruhan kajian akan tertumpu kepada projek-projek yang telah dilaksanakan dikawasan kajian iaitu Daerah Jelebu. setiap projek-projek yang dijalankan akan diteliti kejayaannya dan masalah-masalah yang terpaksa ditempuhi. Setelah mengetahui kejayaan-kejayaan yang dicapai, kajian akan tertumpu kepada kesan-kesan dari program-program pembangunan tersebut. Akhir sekali, dissertasi ini akan menyentuh masalah dan potensi gunaan tanah di Daerah Jelaebu. Bab pertama dissertasi ini akan menumpukan kepada definasi pembangunan secara umum dan tafsiran kepada pembangunan luarbandar. Ia juga meliputi amatlamat dan objektif kajian serta sekop kajian. Akhir sekali, bab ini akan enerangkan serba sedikit mengenai Daerah Jelebu yang telah diambil sebagai kawasan kajian. Bab kedua pula akan membawa kita mengenali lebih dekat lagi mengenai taburan penduduk aktiviti-aktiviti, keadaan dan struktur masyarakat dan seterusnya memnyentuh berkenaan projek-projek pembangunan yang disusun oleh Kerajaan Negeri dalam memajukan kawasan tersebut. Projek-projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan akan dibincangkan didalam bab ketiga. Segala projek-projek pembangunan samada untuk faedah sosial atau ekonomi akan diebntangkan dengan panjang-lebar. Segala peranan, tujuan dan matlamat agensi-agensi tersebut akan dilihat dan diperincangkan sejauh manakah kebenarannya. projek-projek yang akan dibincangkan adalah merupakan projek-projek yang agak penting dan didapati mendapat sambutan yang memuaskan dari rakyat. Dalam aba ini juga akan diperkatakan tentang masalah-masalah dan kejayaan yang diperolehi. Agensi-agensi Kerajaan yagn terlibat dalam pembangunan tanah-tanah luarbandar dalam dissertasi ini adalah meliputi : Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, Jabatan Parit dan Taliair, Lembaga Pertubuuhan Peladang, RISDA, FELCRA, FELDA, Jabatan Kerja Raya. Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan. Segala kemudahan atau peluang-peluang yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan ini sememangnya amat diperlukan oleh penduduk-penduduk luarbandar demi untuk menikmati kemajuan dalam erti kata sebenarnya. Bab keempat pulaakan tertumpu kepada kesan-= [2kesan yang di dapati dari projek-projek pembangunan yang dijalankan. Oleh kerana setiap projek-projek Kerajaan akan melibatkan tanah-tanah persendirian, maka proses pengambilan paksa tanah perlu dilakukan. Oleh yang demikian, maka dalam bab kelima akan diterangkan dengan jelas cara-cara pengambilan bagi kes-kes pengambilan balik tanah secara paksa. Dalam bab ini juga akab dibentangkan bagaimana penilaian bagi kes tersebut dibuat. Nilaian yang dibuat dalam pengambilan paksa tanah bertujuan untuk menentukan pampasan yang patut diberi kepada tuan tanah yang terlibat iaitu merupakan satu pampasan yang saksama. Didalam bab keenam akand isentuuh mengenai masalahdan potensi penggunaan tanah di daerah Jelebu. Akhir sekali, sebagai penutup dan kesimpulan disertasi akan membincangkan projek-projek yang mendapat kejayaan dan faktur-faktur yang menyebabkan ia mencapai matlamat yang sebenarnya. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai kesan dan faedah pembangunan sosio-ekonomi desa dan cuba menengahkan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada agensi-agensi Kerajaan samada dari segi pentadbiran mahupun perlaksanaannya.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005168 HD890.6.Z8 J45 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order