Cover image for Penentuan kawasan operasi majlis daerah Kuala Pilah
Title:
Penentuan kawasan operasi majlis daerah Kuala Pilah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2213 ra
Abstract:
Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku di negara ini dalam segala bidang kegiatan termasuk ekonomi, sosio-budaya petempatan, pentadbiran dan sebagainya telah banyak mengubah keadaan fizikal persekitaran, samada dari segi bentuk perancangan atau corak penyelenggaraan. Proses-proses pembangunaan dan perbandaran telah membawa perubahan-perubahan keatas pembangunan kawasan teruaterutamanya kawasan pusat Bandar Kuala Pilah adalah salah satu dari pusat utama yang menghadapi masalah-masalah perancangan yang telah menimbulkan percanggahan gunatanah. Peranan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah untuk menguruskan kawasan ini tidak begitu berkesan kerana tidak terdapat alat kawalan perancangan yang boleh digunakan sebagai garis panduan secara khusus. Tujuan kajian ini ialah untuk mengemukakan satu garis panduan pembangunan gunatanah hasil dari penelitian kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan perancangan penguasa tempatan . Teori-teori asas perancangan sangat dipertekankan dalam kajian ini untuk dijadikan sebagai landasan kepada kajian dan cadangan yangdikemukakan. Selaras dengan objektif kajian, penulis akan mengaitkan unsur-unsur teori perkembangan bandar dengan kawasan kajian bagi membantu peringkat penganalisaan. hasil daripada kajian, beberapa masalah isu telah timbul. ntaranya adalah berkaitan dengan masalah perancangan aktiviti-aktiviti perdagangan, perumahan, perkilangan, kawasan lapang, kemudahan awam, infrastruktur kejuruteraan dan pengangkutan. dengan pertimbangan kepada keadaan semasa dan jumlah penduduk yang diunjurkan sehingga 2000, beberapa unjuran keperluan ruang dibuat untuk menghasilkan tiga alternatif strategi. Melalui penilaian, satu strategi perancangan gunatanah dipilih. Cadangan pembangunan adalah mengarah ke Barat dari Pusat Bandar Kuala Pilah berasaskan kepada pembinaan hospital baru sebagai satu pusat tarikan. Walaubagaimanapun, perkembangan bandar ini tidak semestinya ke satu sahaja. Dalam aspek perancangan dan pembangunan pula, kuasa Majlis Daerah Kuala Pilah adalah dipertingkatkan. Peranannya sebagai penyeleras kepada semua jenis aktiviti dan corak pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Pilah adsalah dibawahnya bidangkuasanya. Tanggung jawab ahli politik bagi kawasan ini adalah dititikberatkan bagi perkembangan pembangunan bandar Kuala Pilah khasnya. Berdasarkan kepad strategi gunatanah, satu pelan sempadan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah yang baru telah dikemukakan. pelan sempadan pentadbiran ini akan bertindak sebagai panduan kepada pembangunan bandar Kuala Pilah.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003908 HD890.6.Z8 N49 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002625 HD890.6.Z8 N49 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order