Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian masalah dikawasan perkembangan Shah Alam : rujukan kepada Kampung Padang Jawa
Title:
Kajian masalah dikawasan perkembangan Shah Alam : rujukan kepada Kampung Padang Jawa
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4334 ra
Abstract:
Rancangan pembangunan Shah Alam telah ditingkatkan dari masa ke semasa mengikut kajian dan unjuran pembangunan yang dilakukan di peringkat Wilayah dan juga tempatan. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh kajian-kajian ini telah menyebabkan sempadan bandar ini mengalami beberapa kali pertukaran sejak Shah Alam ditubuhkan. Kini didalam rangka penyediaan rancangan pembangunan jangka panjang sempadan bandar ini akan diperkembangkan untuk meliputi kawasan yang lebih luas. Perkembangan ini antara lain melibatkan Kampung Padang Jawa di pinggir bandar Shah Alam yang mempunyai berbagai masalah perancangan. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa masalah perancangan yang berlaku dikawasan ini meliputi aspek fizikal, sosioekonomi dan pentadbiran. Berdasarkan matlamat untuk mengujudkan kawasan perkembangan yang terancang, satu penganalisaan telah dibuat terhadap masalah-masalah yang terdapat dikawasan ini. Hasilnya beberapa tindakan utama bagi penyelesaian masalah telahpun dicadangkan diikuti oleh beberapa cadangan program yang perlu dilaksanakan dalam jangka panjang. Diantara keperluan utama bagi membolehkan pengawalan dan pengurusan pembangunan dilaksanakan ialah dengan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan cantuman Shah Alam yang diurus khas sebelum dimasukkan ke dalam sempadan perbandaran. Ini diikuti oleh program-program penempatan semula setinggan, pembangunan pusat daerah, penempatan industri dan program pembangunan tanah secara bersendirian.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003589 HT169.M32 S5314 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002412934 HT169.M32 S5314 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page