Cover image for Struktur fizikal ruang dan gunatanah dalam perkampungan FELDA
Title:
Struktur fizikal ruang dan gunatanah dalam perkampungan FELDA
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofile sahaja : MFL 7697 ra
Abstract:
Struktur fizikal ruang dan guna tanah di dalam perkampungan FELDA merupakan komponen yang penting di dalam merancang persekitaran yang selesa, terjamin dari segi kesihatan dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak penghuninya. Kualiti sesebuah perkampungan dinilai berasaskan struktur fizikal ruang dan bagaimana guna tanah diagihkan di dalam ruang perkampungan. Agihan guna tanah yang seimbang serta kesesuaian antara guna tanah yang seimbang serta kesesuaian antara guna tanah yang bersebelahan akan mewujudkan

satu persekitaran yang selesa dan dapat mencapai objektif interaksi social di kalangan penghuninya.

Untuk mencapai matlamat yang di rangka kajian ini dilakukan dalam empat peringkat, yang merangkumi Kajian awalan, Kajian Model Pertempatan sedia ada, Kajian Model Pertempatan FELDA dan Rumusan. Kajian Model Pertempatan sedia ada mengambil Konsep Kejiranan Perry dan amalan perancangan fizikal dizaman Rasulallah S.A W. sebagai asas perbandingan bagi mengetahui ciri-ciri persamaan serta faktor yang perlu di ambilkira dalam perancangan Perkampungan FELDA.

Kajian Model Pertempatan FELDA dikhususkan kepada aspek struktur fizikal ruang dan guna tanah. Skopnya dikecilkan dengan memberi tumpuan terhadap rekabentuk kampung. Saiz perkampungan, konsep asas sedia ada FELDA, kedudukan kampung dan komponen guna tanah dalam perkampungan FELDA.

Hasil kajian merupakan rumusan keseluruhan yang merangkumi kelebihan dan kelemahan model sedia ada FELDA, perbandingan dengan Model Pertempatan di negara Barat dan Timur Tengah serta rumusan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancang Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001161 HD890.6 Z8 N67 1991 Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001342975 HD890.6.Z8 N67 1991 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order