Cover image for Pertumbuhan bandar baru Seberang Jaya kajian dari segi kesannya keatas gunatanah dan nilai tanah disekitar
Title:
Pertumbuhan bandar baru Seberang Jaya kajian dari segi kesannya keatas gunatanah dan nilai tanah disekitar
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 4511 ra
Abstract:
Bandar Baru Seberang Jaya mula di dirikan pada awal tahun 1974 oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dibawah rancangan urbanisasi desa negeri. Penempatan pusat pertumbuhan baru, berhampiran dengan kawasan perindustrian adalah bertujuan untuk memperbaiki taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan pekerjaan, kemudahan perumahan, penyediaan infrastruktur, kemudahan-kemudahan sosial dan sebagainya. Diperingkat awal, penulis cuba memperkenalkan bandar baru, objektif penubuhannya dan tujuan kajian dibuat terhadap bandar tersebut. Skop kajian meliputi aspek ekonomi perancangan dan penilaian, iaitu perancangan Bandar Baru Seberang Jaya akan mengubah corak gunatanah dan nilai tanah di Daerah Seberang Prai Tengah dan meningkatkan pendapatan perkapita individu di kawasan pusat pertumbuhan baru, berhampiran kawasan perindustrian. Pilihan lokasi untuk penubuhan bandar baru adalah dilihat dari segi perspektif bandar baru dan sumbangannya terhadap pembangunan ekonomi di dalam negeri. Rancangan perumahan di Bandar Seberang Jaya adalah bertujuan untuk memperluaskan penyertaan golongan Bumiputra dalam aktiviti-aktiviti perniagaan dan perdagangan dalam negeri, disamping menyediakan perumahan kos rendah berharga kurang daripada $20,000 seunit untuk golongan berpendapatan rendah terutama kepada orang-orang Melayu yang tinggal dikawasan setinggan di bandar dan di luar bandar. Perancangan bandar baru, telah memperbaiki keadaan infrastruktur yang sedia ada serta menambahkan kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air, letrik, pengangkutan dan sebagainya. Matlamat perancangan ialah supaya taraf hidup penduduk diluar bandar mencapai tingkat yang lebih baik. Pertumbuhan penduduk yang pesat di Bandar Butterworth dan keadaan struktur sosial yang tidak seimbang telah mendorong Perbadanan merancang sebuah bandar baru dalam usahanya untuk mencapai keseimbangan dalam struktur sosial dan pendapatan. Usaha kerajaan dalam pembangunan sektor luar bandar menghadapi beberapa masalah umpamanya pengawalan kenaikan harga rumah kos rendah untuk penduduk berpendapatan rendah, spekulasi harta dan pengaruh birokrasi terhadap lokasi perumahan untuk kaum Bumiputra. Daripada kajian terhadap penubuhan Bandar Baru Seberang Jaya penulis membuat rumusan bahawa pembangunan bandar baru boleh mempengaruhi corak gunatanah; daripada gunatanah yang tidak ekonomik kepada gunatanah yang lebih produktif dan ekonomik. Disamping itu nilai tanah yang dibangunkan akan naik berlipatganda daripada nilai asalnya. Namun demikian dari aspek perancangan dan penyusunan semula struktur sosial dalam pembangunan sektor luar bandar, masih terdapat kekurangan penyertaan kaum Bumiputra dan ketidakseimbangan pembahagian kekayaan antara kaum.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002766 HT169.M32 S42 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002413320 HT169.M32 S42 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order