Cover image for Pembangunan tanah terbiar di kawasan bandar. Kajian kes : Tampoi
Title:
Pembangunan tanah terbiar di kawasan bandar. Kajian kes : Tampoi
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2218 ra
Abstract:
Tanah terbiar di kawasan bandar merupakan salah satu daripada masalah utama dalam bidang perancangan bandar pada masakini. Kewujudan tanah terbiar adala suatu pembaziaran kepada sumber tanah yang berharga di kawasan bandar. Di samping itu, kewujudan tanah terbiar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada kawasan bandar seperti masalah setinggan, kawasan kotor serta berbau busuk akibat pembuangan sampah, pandangan ynag kurang elok dan sebagainya. Di atas kesedaran inilah maka suatu kajian telah dilakukan terhadapa tanah terbiar yang terletak di Batu 4, Tampoi. Masalah-masalah utama yang terdapat di kawasan kajian ini ialah penggunaan tanah terbiar sebagai tempat pembuangan sampah oleh penduduk persekitaran, menyebabkan kawasan tersebut menjadi busuk dan akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran. Di samping itu, tanah terbiar yang ditumbuhi dengan belukar, semak-samun dan poko bakau akan memberikan pandangan yang kurang menarik kepada kawasan persekitaran. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk menentukan apakah jenis pembangunan yang bersesuaian di tapak kajian dan seterusnya mencadangkan pembangunan ke atas tanah tersebut supaya masalah-masalah yang telah dikemukakan tadi akan dapat di atasi. Seterusnya diharapkan pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah yang tertentu bagi mengatasi masalah kewujudan tanah terbiar di masa akan datang
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003554 HD1671.M32 T35 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002986 HD1671.M32 T35 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order